Utusan Borneo (Sabah)

MUTIARA GRS laksana pelbagai program bermanfaat kepada rakyat

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat (MUTIARA) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus mempelbaga­ikan programnya di peringkat akar umbi bagi memberikan manfaat kepada golongan memerlukan.

Yang Dipertua MUTIARA GRS Datin Seri Panglima Juliah Salag berkata, menerusi program kerja lapangan, ahli MUTIARA GRS dapat menyelami sendiri kehidupan serta masalah rakyat khususnya di kawasan kampung dan pedalaman.

“Kita bersyukur kerana sudah boleh turun padang untuk mengadakan pelbagai program bersama rakyat di peringkat akar umbi terutama dalam fasa peralihan ke endemik ini.

“Sudah pasti dengan pendekatan ini, tentunya MUTIARA GRS dapat menyumbang­kan cadangan dan saranan kepada wakil rakyat untuk membantu meningkatk­an lagi tahap kehidupan masyarakat di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MUTIARA GRS KALI PERTAMA 2022 di Mini Auditorium Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, semalam.

Dalam pada itu Juliah turut melahirkan rasa bangga dengan komitmen semua ahli MUTIARA GRS yang terus cekal dan komited terhadap agenda gerak kerja amal ditetapkan walaupun berdepan kekangan akibat penularan pandemik COVID-19.

“Pada awal penubuhan MUTIARA GRS, seluruh dunia termasuk negara kita masih berdepan pandemik, pelaksanaa­n perintah kawalan pergerakan (PKP) turut membataska­n aktiviti kita sama ada secara fizikal atau maya.

“Menjadi misi MUTIARA GRS untuk menjadikan ahli-ahlinya sebagai seorang yang berkualiti, berilmu, dan berketeram­pilan.

“Oleh yang demikian, kita juga mengambil langkah proaktif dengan mengadakan Kursus Etika Majlis Rasmi dan Pengucapan Awam untuk memperleng­kapkan setiap seorang daripada kita untuk menghadapi cabaran,” katanya.

 ?? ?? MESYUARAT: Juliah (tiga kiri) ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan MUTIARA GRS Kali Pertama tahun ini.
MESYUARAT: Juliah (tiga kiri) ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan MUTIARA GRS Kali Pertama tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia