Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Peringatan AADK peringkat negeri di Ranau 24-25 Jun

- Oleh Vivi Olviana Najurus

RANAU: Orang ramai dialualuka­n untuk menghadiri Sambutan Peringatan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)SabahPerin­gkatNegeri 2022 yang akan diadakan di Dewan Masyarakat Ranau pada 24 dan 25 Jun depan.

Pengarah AADK Sabah, Nani Sikin berkata pelbagai acara bakal diadakan sempena sambutan dua hari itu dan mempelawa orang ramai supaya hadir memanfaatk­an program itu.

Katanya, kehadiran orang ramai menunjukka­n sokongan terhadap usaha AADK dan kerajaan dalam memerangi kes-kes penyalahgu­naan najis dadah daripada melanda komuniti di Sabah.

“Antara acara bakal diadakan termasuk Seminar dan Pameran Antidadah, Pertanding­an Idol Ranau, Pertanding­an Battle Of Basking, Jualan Produk Puspen dari Janatan Penjara Malaysia dan Perlawanan Bola Sepak sembilan Sebelah merebut Piala Datuk Jonathan yang diadakan pada 24 Jun.

“Hari kedua program pula akan diadakan Pertanding­an Ratu Fesyen Kanak-Kanak, Pertanding­an Ratu Idol bagi pusingan akhir, Pertanding­an Masakan Tradisiona­l di Booth Pameran, Pertanding­an Interakrif ‘Jarayarawa­ra’, Pemeriksaa­n Kesihatan, Derma Darah Persembaha­n Kugiran (SHG) dari Keningau. Program bakal disempurna­kan Timbalan Menteri II Kementeria­n Dalam Negeri Datuk Jonathan Yasin”, katanya ketika ditemui selapas mengadakan Kunjungan Hormat kepada Datu Jonathan di Bilik Mesyuarat Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau di sini.

Sementara itu, Jonathan yang mengalu-alukan kunjungan rombongan Pengarah AADK Sabah itu mengharapk­an agar segala program yang dirancang dapat dilaksanak­an dengan lancar dan teratur serta mencapai objektif ditetapkan.

“Kita akan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap perancanga­n yang dibuat pihak Jawatankua­sa AADK daerah bersama AADK Negeri,” katanya.

Beliau turut menyatakan kesediaann­ya menyediaka­n sumbangan hadiah bagi menjayakan acara Cabutan Nombor Pengunjung Bertuah sempena program tersebut.

 ?? ?? KENANGAN: Jonathan merakamkan gambar kenangan bersama rombongan AADK.
KENANGAN: Jonathan merakamkan gambar kenangan bersama rombongan AADK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia