Utusan Borneo (Sabah)

Kanak-kanak dua tahun terkunci dalam kereta

- Oleh Vivi Olviana Najurus

PAPAR: Seorang kanakkanak lelaki berumur dua tahun berhadapan detik cemas apabila terkunci di dalam sebuah kereta jenis sedan di kawasan belakang Klinik 1 Malaysia Perumahan Kampung Pengalat Besar di sini.

Ibu bapa mangsa kemudianny­a terpaksa mendapatka­n bantuan dengan menghubung­i Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar.

Ketua BBP Papar Roslie Jun berkata, bertindak dengan panggilan pada jam 4.17 petang itu, pihaknya menggerakk­an sepasukan pegawai bersama anggota ke lokasi.

“Pasukan bomba membantu membuka kenderaan menggunaka­n peralatan khas dan mangsa berjaya dikeluarka­n dalam keadaan selamat.

“Operasi ditamatkan jam 4.34 petang,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan sebuah kereta dan kabel elektrik dihempap pokok tumbang di Kampung Divatto Ramayah Penampang pada jam 10.26 malam.

Pasukan bomba dari BBP Penampang yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Callixtus Fedilis segera ke lokasi dan menjalanka­n operasi memotong dahan pokok menggunaka­n alat pemotong bagi memberi laluan kepada pengguna jalan lain.

Callixtus berkata, tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini dan operasi keseluruha­n ditamatkan jam 11.13 malam.

 ?? ?? SELAMAT: Pasukan bomba semasa menjalanka­n operasi membuka kenderaan terkunci bagi mengeluark­an mangsa dari dalam kenderaan.
SELAMAT: Pasukan bomba semasa menjalanka­n operasi membuka kenderaan terkunci bagi mengeluark­an mangsa dari dalam kenderaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia