Utusan Borneo (Sabah)

Tindakan bersesuaia­n bagi kurangkan gangguan bekalan air di Keningau

- Oleh Kenneddy Corlleus

KENINGAU: Sebanyak 23,359 pengguna berdaftar dengan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) daerah Keningau meliputi pengguna komersial, domestik, industri dan lain-lain berdepan gangguan bekalan air bersih akibat kerosakan pam air di lima Loji Rawatan Air (LRA) di Keningau.

Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik, berkata insiden kerosakan lima pam air di LRA Bunsit termasuk pam tunggu sedia amat kritikal dan situasi berkenaan memaksa loji berkenaan mengurangk­an sebanyak 70 peratus penghasila­n bekalan air terawat.

Jelas beliau, LRA Bunsit mampu membekalka­n bekalan air terawat sebanyak 45 MLD namun pada ketika ini dengan kerosakan pada kelima-lima pam air, loji tersebut hanya mampu menghasilk­an 13 MLD iaitu anggaran 70 peratus penguranga­n penghasila­n air terawat.

Mengenai status pengeluara­n air semasa, Robert berkata LRA Bunsit ketika ini hanya mampu membekalka­n air terawat 13 MLD, manakala LRA Bingkor sebanyak 20 MLD; LRA Keningau 5 MLD dan LRA Agudon 13MLD iaitu peningkata­n sebanyak 5MLD.

“Ekoran gangguan berlaku pada LRA Bunsit, dianggarka­n 2,000 pengguna berdaftar di dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid dan DUN Sook, masing-masing 1,000 pengguna di setiap kawasan DUN berkenaan tidak menerima bekalan air terawat.

“Di DUN Bingkor hanya 300 pengguna berdepan dengan gangguan bekalan manakala di DUN Liawan pula seramai 1,500 pengguna yang terjejas dengan situasi yang berlaku di LRA Bunsit,” katanya.

Justeru itu, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor memberitah­u, JANS Keningau tampil dengan pelan tindakan jangka pendek bagi mengurangk­an kawasan gangguan dengan melaksanak­an beberapa pendekatan.

“Sebanyak empat lori air JANS dan satu lori tangki swasta digerakkan bagi menghantar air ke 55 buah rumah sehari dan pada masa sama melaksanak­an kerjakerja pembaikan pam air di LRA Bunsit.

“Disamping itu, JANS Keningau akan meningkatk­an kapasiti pengeluara­n air secara maksimum di LRA Bingkor; LRA Kampung Keningau dan LRA Agudon, termasuk membuat catuan di kawasan yang mengalami gangguan bekalan air.

“JANS Keningau akan mengawal tekanan paip agihan; pembukaan bypass dan boundary valve; membaiki paip-paip bocor dalam masa kurang daripada dua jam serta membuka depoh pengambila­n air di LRA Agudon bagi memudahkan pengambila­n air terawat,” katanya.

 ?? ?? ROBERT
ROBERT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia