Utusan Borneo (Sabah)

Pameran U-Science UMS dapat perhatian pelbagai pihak

-

KOTA KINABALU: Pameran U-Science Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus mendapat perhatian daripada pelbagai pihak.

Terbaru, pameran yang terletak di Bangunan Perpustaka­an UMS itu menjadi destinasi lawatan dan pengisian aktiviti sebuah program tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Menurut kenyataan UScience UMS, kira-kira 100 peserta program yang merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari seluruh Sabah hadir berkunjung ke pameran berkenaan.

“Lawatan seumpama ini amat bertepatan terutama dalam memberi pendedahan sekali gus memupuk minat para peserta dalam bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM).

“Sehubungan dengan itu, pihak U-Science sentiasa mengalu-alukan kehadiran dan program-program lawatan seumpama ini ke pameran yang diadakan,” demikian menurut kenyataan itu kelmarin.

Dalam perkembang­an berkaitan, U-Science UMS turut mengadakan Program STEM4U@UMS: THE NEXT STEP sempena Majlis Konvokesye­n UMS Kali Ke -23 pada 25 - 27 Jun 2022.

Berlangsun­g di lokasi yang sama, program selama tiga hari itu diadakan bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang.

Pelbagai pameran dan aktiviti menarik diadakan termasukla­h Mini Dome Planetariu­m, Techlympic, Persembaha­n Dron, Planet Visual Reality (VR), Discover AstroRover Workshop and Competitio­n, Arduino Workshop, Persembaha­n Robotik dan cabutan tiket bertuah.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubung­i pihak U-Science melalui e-mel uscience@ ums.edu.my atau melayari laman facebook rasmi di https://www.facebook.com/ pusatsains­UMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia