Utusan Borneo (Sabah)

Pengorbana­n pesara PDRM sentiasa dihargai

- Oleh Vivi Olviana Najurus

RANAU: Sumbangan bakti, jasa dan pengorbana­n pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan sentiasa dihargai serta disanjung tinggi walaupun golongan ini sudah bersara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II Datuk Jonathan Yasin berkata, khidmat bakti bekas anggota PDRM tetap disanjungi tinggi di manapun mereka pernah bertugas sama ada di pulau mahu pun di daratan bagi memastikan keharmonia­n masyarakat serta keamanan negara terus terpelihar­a.

“Justeru kita amat berterima kasih dan menghargai sumbangan mereka selama ini, walaupun sudah bersara daripada tugas mereka,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bekas Polis Diraja Malaysia, di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau barubaru ini.

Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau berkata, walaupun pesara PDRM * sudah berhenti memegang tugas hakiki mereka dan berstatus ‘pesara’, namun peranan mereka dalam menjaga keharmonia­n komuniti tetap diperlukan.

Katanya, mereka masih boleh menjadi mata dan telinga kerajaan dalam menyalurka­n maklumat berguna untuk menjaga keselamata­n, kedamaian dan keharmonia­n negara dari ancaman luar.

Tambahnya, bantuan perkhidmat­an berupa nasihat dalam penugasan juga membantu mengelakka­n daripada berlakunya unsur jenayah dan perkara negatif.

Beliau menyaranka­n Persatuan Bekas Polis supaya bijak mencari dana sama ada dari kerajaan atau pihak swasta untuk menampung keperluan aktiviti persatuan.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Bekas Polis Negeri Sabah merangkap Naib Presiden PBPM Pusat Datuk Awang Kassim Awang Gemuk, Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superinten­dan Simiun Lomudin, Pengerusi PBPM Cawangan Ranau Admin Hamid 30 ahli persatuan.

 ?? ?? KENANGAN: Ahli PBPM Cawangan Ranau bersama rombongan dari Kota Kinabalu merakam gambar bersama Jonathan (duduk, empat kiri) dan Awang (duduk, tiga kiri).
KENANGAN: Ahli PBPM Cawangan Ranau bersama rombongan dari Kota Kinabalu merakam gambar bersama Jonathan (duduk, empat kiri) dan Awang (duduk, tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia