Utusan Borneo (Sabah)

SABAH PENGELUAR UTAMA BIJI KOKO

● Eksport RM16.16 juta koko, produk koko tahun lalu, kata Hajiji

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Sabah selaku pengeluar utama biji koko negara berjaya mengekspor­t sejumlah RM16.16 juta koko dan produk-produk koko tahun lalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, daripada jumlah itu, nilai eksport coklat adalah sebanyak RM7.72 juta atau 10.6 peratus.

Beliau berkata, tahun lalu Sabah menyumbang 59 peratus daripada jumlah pengeluara­n biji koko negara, iaitu sebanyak 540 tan metrik dan menyumbang kepada 57 peratus atau kira-kira 3,444 hektar daripada keluasan tanaman koko negara seluas 6,000 hektar.

“Sehingga hari ini, Sabah masih menjadi penyumbang utama bagi industri koko di seluruh negara sama ada dari segi keluasan mahupun pengeluara­n biji koko mentah yang bermutu.

“Sebanyak lima daerah menjadi kawasan penanaman koko yang aktif di Sabah iaitu Ranau, Kota Marudu, Tenom, Kota Belud, dan Tambunan,” katanya ketika merasmikan Pesta Koko Sabah 2022 di sini, semalam.

Hajiji optimis sejajar dengan pemulihan ekonomi, kegiatan hiliran koko dijangka akan terus berkembang dengan peningkata­n nilai produk separa proses koko dan produk akhir koko.

Justeru katanya, usahausaha berterusan perlu dilakukan oleh pihak berkaitan khususnya Lembaga Koko Malaysia (LKM) sebagai peneraju utama koko Malaysia, untuk memastikan perkembang­an berterusan koko sebagai tanaman komoditi ketiga terbesar di negara ini.

Menurutnya, pelbagai strategi dirangka bagi memastikan industri koko berupaya kekal sebagai satu aktiviti ekonomi yang berdaya saing dan berdaya tahan, seterusnya menyumbang kepada pendapatan negara.

Beliau berkata, sejajar dengan hala tuju strategi jangka panjang bagi meningkatk­an sumbangan terhadap ekonomi dan pendapatan negara, strategi untuk meningkatk­an penggunaan koko tempatan menerusi pelbagai medium promosi akan terus dilaksanak­an serta dipergiatk­an.

“Saya difahamkan pengeluara­n biji koko di Sabah menyumbang kepada permintaan biji koko premium yang diperlukan oleh pengusaha coklat Bean-to-Bar (proses biji koko kering hingga produk coklat), pengusaha coklat Single Origin (coklat yang dihasilkan dari biji koko yang hanya dari satu lokasi) dan Artisanal Chocolate.

“Pengusaha terbabit mengeluark­an coklat premium untuk pasaran niche (pasaran untuk permintaan consumer yang spesifik atau berkualiti tinggi) yang mana walaupun jumlah yang kecil tetapi harga atau nilai produk adalah tinggi.

“Ini bermakna produk hiliran koko amat memberi impak besar kepada ekonomi negeri jika ia terus dipelbagai­kan. Saya dimaklumka­n industri hiliran di Sabah kini terdiri daripada lima syarikat pengilang coklat dan konfeksi koko atau makanan berasaskan koko serta 32 usahawan coklat tempatan.

“Pada 2021, nilai jualan usahawan coklat di Sabah berjumlah RM137,487. Saya berharap usaha ini akan digandakan lagi supaya lebih ramai pengusaha produk hiliran koko diwujudkan di Sabah,” katanya.

Hajiji berharap, LKM akan terus berusaha mempromosi­kan produk industri hiliran koko yang dihasilkan usahawan di Sabah, agar dikenali di seluruh negara sekali gus dapat menandingi coklat keluaran antarabang­sa.

Beliau juga berharap pengusaha koko dan coklat di Sabah akan terus meningkatk­an pengeluara­n serta mengeluark­an lebih banyak varieti produk berasaskan koko yang unik, bercirikan bahan mentah daripada Sabah dengan imej Sabah.

“Produk-produk ini boleh dijadikan produk pelanconga­n tambahan kepada negeri seperti coklat berintikan Sabah Tea, coklat berintikan Madu Kelulut dan coklat ‘single origin’ Kota Marudu.

“Selain itu, produkprod­uk coklat dipakejkan juga menggunaka­n produk tradisi dan imej ikon Sabah,” katanya.

 ?? ?? ANUGERAH: Hajiji (dua kiri) menyampaik­an Anugerah 2021 Cocoa of Excellence Award kepada Poimon Dangkat dari Kota Marudu sempena Pesta Koko Sabah 2022.
ANUGERAH: Hajiji (dua kiri) menyampaik­an Anugerah 2021 Cocoa of Excellence Award kepada Poimon Dangkat dari Kota Marudu sempena Pesta Koko Sabah 2022.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia