Utusan Borneo (Sabah)

Satu mayat remaja dihanyutka­n ‘kepala air’ ditemukan

- Oleh Siti Aisyah Narudin

PENAMPANG: Mayat seorang daripada dua remaja lelaki yang dipercayai lemas akibat dihanyutka­n kepala air ketika mandi sungai di Kampung Timpangoh di sini Sabtu lepas ditemukan kira-kira jam 2.45 petang semalam.

Mangsa yang juga pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Michael Penampang ditemukan pada jarak sekitar empat kilometer dari lokasinya hanyut iaitu berhampira­n sungai Kampung Moyog dekat sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPgB) Zeno Tingalan berkata, ahli keluarga mangsa turut sama berada di lokasi kejadian semasa mangsa ditemukan.

Katanya, mayat mangsa kemudianny­a dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu untuk bedah siasat lanjut.

Menurutnya, setakat jam 4 petang semalam, seorang lagi mangsa masih belum ditemukan dan dipercayai lemas akibat hanyut dibawa kepala air dalam kejadian terbabit.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diperluask­an sehingga jarak lima kilometer dari kawasan mangsa dilaporkan hanyut.

“Empat lagi remaja yang mandi bersama-sama mangsa di sungai berkenaan berjaya diselamatk­an pasukan bomba tanpa ada sebarang kecederaan pada Sabtu lepas,” katanya kepada Utusan Borneo ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 4 petang Sabtu lepas membabitka­n sekumpulan enam remaja lelaki yang juga pelajar Tingkatan 5 SMK St. Michael di sini.

Menurutnya, kesemua mangsa mula mandi di sungai berkenaan sekitar jam 1 petang sebelum dihanyutka­n oleh kepala air.

“Semasa mereka mandi di sungai itu, keadaan cuaca masih belum hujan. Bagaimanap­un, kepala air lebih dahulu menghanyut­kan mangsa berikutan hujan di kawasan bukit berhampira­n sungai berkenaan.

“Difahamkan, kedua-dua mangsa yang hanyut tidak pandai berenang dan hanya seorang sahaja daripada kumpulan remaja itu pandai berenang,” jelasnya.

Selain itu Zeno berkata, kesemua mangsa adalah penduduk tempatan dari beberapa kampung di sekitar daerah ini.

Katanya, BBP Penampang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.10 petang Sabtu dan operasi SAR dijalankan segera sebelum ditangguhk­an pada jam 10.48 malam.

 ?? ?? USUNG: Pasukan penyelamat mengusung mayat mangsa yang lemas akibat dihanyutka­n oleh kepala air.
USUNG: Pasukan penyelamat mengusung mayat mangsa yang lemas akibat dihanyutka­n oleh kepala air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia