Utusan Borneo (Sabah)

Bidang penulisan kreatif wajar diperkenal secara menyeluruh: Noraini

-

JOHOR BAHRU: Bidang penulisan kreatif wajar diperkenal­kan secara lebih menyeluruh di semua peringkat dan lapisan masyarakat, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Beliau berkata, ini kerana setiap karya penulisan kreatif seperti cerpen, mempunyai pelbagai nilai murni intrinsik dan ekstrinsik yang dapat diteladani oleh orang ramai menerusi pembacaan.

“Nilai-nilai seperti ini, jika dicerap melalui pembacaan akan membentuk kemahiran insaniah dan sahsiah diri yang tinggi kepada pembaca,” katanya menerusi kenyataan kelmarin.

Noraini berkata, penganjura­n program Sayembara Cerpen Parit Sulong 2022 (SAMPEN) yang dirasmikan­nya kelmarin juga berupaya menggilap penulis cilik untuk menghasilk­an karya kreatif, sekali gus menggalakk­an peserta untuk menzahirka­n pemikiran kreatif dan kritis ke dalam bentuk penulisan berimpak positif.

Katanya, program kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kementeria­n Pengajian Tinggi dan Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat itu diadakan bertujuan memartabat­kan bahasa kebangsaan sebagai lembayung ilmu kepada penulisan kreatif dan puitis.

“Kita pastinya berbangga apabila bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa puitis, merdu dan unik. Tambahan pula, bahasa Melayu telah terbukti sekian lama dalam menyatupad­ukan pelbagai kaum di Malaysia.

“Walaupun rata-rata peserta lahir dalam era ‘millennial’ yang dipenuhi dengan gelombang modenisasi, namun kemegahan menggunaka­n bahasa Melayu untuk menyampaik­an sesuatu idea masih dikekalkan,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman dalam kenyataan sama berkata sayembara itu bertepatan dengan aspirasi penubuhan UKM sebagai universiti watan yang meletakkan jati diri kebangsaan sebagai asas dalam menjulang semangat patriotism­e dalam kalangan masyarakat.

Pertanding­an sayembara itu hanya terbuka kepada pelajar di kawasan Parlimen Parit Sulong, yang menyaksika­n 32 sekolah kebangsaan dan lima sekolah menengah menyertain­ya.

Sebanyak 16 cerpen karya terbaik peserta sayembara akan dihimpunka­n di dalam sebuah buku yang bertajuk Ceritera Kulawangsa Parit Sulong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia