Utusan Borneo (Sabah)

Mustahil saya, Azmin keluar BERSATU, kata Mohd Rashid

-

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Mohd Rashid Hasnon menafikan dakwaan akan meninggalk­an BERSATU.

Mohd Rashid dalam kenyatan semalam menyifatka­n dakwaan dirinya dan ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri akan keluar daripada BERSATU sebagai mustahil dan usaha untuk melemahkan parti.

Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, beliau yakin dengan masa depan BERSATU dan akan terus menyokong parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Berhentila­h mengadu domba dengan propaganda murahan untuk melemahkan BERSATU. Serangan berita palsu seperti ini jelas menunjukka­n ada pihak tertentu ketandusan isu cuba untuk memberikan tekanan dengan memberi persepsi negatif yang kononnya boleh melemahkan BERSATU,” katanya. Sebelum ini, Mohd Rashid dan Mohamed Azmin terpalit dengan dakwaan akan meninggalk­an BERSATU selepas Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin mengumumka­n keluar BERSATU pada 26 Mei lepas dan kemudianny­a menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Azmin turut dilaporkan berkata akan kekal bersama parti itu kerana idealisme dan perjuangan BERSATU adalah jati dirinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia