Utusan Borneo (Sabah)

Bissouma sedia beraksi dalam Liga Juara-Juara bersama Hotspur

-

LONDON: Pemain baharu Tottenham Hotspur, Yves Bissouma, sudah bersedia mengimpika­n untuk bermain dalam Liga Juara-Juara bersama kelab barunya.

Pemain tengah itu melengkapk­an perpindaha­n dari Brighton dengan menandatan­gani kontrak empat tahun untuk yuran 25 juta pound, yang mungkin meningkat dengan tambah nilai, menurut agensi berita PA.

Ia adalah pembelian baharu ketiga Spurs selepas mengesahka­n kelayakan ke Liga Juara-Juara dengan menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga keempat apabila membelasah Norwich 5-0 pada hari terakhir musim.

Keterujaan meningkat di Spurs selepas kembali ke Liga Juara-Juara, di mana mereka muncul naib juara liga pada 2019 dan pemain baharu tidak sabar untuk mendengar dengan sendiri lagu kejohanan dalam padang.

“Apabila saya masih muda, bola sepak adalah kehidupan saya. Saya mahu bermain bola sepak setiap hari, setiap masa. Jika saya tidak bermain,saya tidak gembira,” kata Bissouma ketika memberitah­u Spurs TV.

“Sekarang untuk menjadi pemain bola sepak profesiona­l,untuk berada di Spurs, sebuah kelab besar, apabila saya ingat pada 11 atau 12 tahun yang lalu,ia memberikan saya keghairaha­n. Ibu dan ayah saya juga di sini dan mereka banyak membantu.

“Untuk berada di London, bersama Spurs dan muzik Liga Juara-Juara, cuba bayangkan? Emosinya terlalu banyak. Saya hanya mahu berkata terima kasih tuhan.

“Ia adalah impian saya untuk bermain dalam Liga Juara-Juara. Ketika saya masih kecil,saya ingat menonton Liga Juara-Juara setiap hari dan saya tidak percaya untuk bermain dalam Liga Juara-Juara bersama Spurs. Saya berasa sangat gembira.”

Ketika Bissouma menghabisk­an empat tahun terakhir di England bersama kelab Brighton, di mana dia meletakkan dirinya sebagai salah seorang pemain tengah terbaik di England, pada 2016, pemain berusia 25 tahun itu bermain dalam liga domestik di Mali dan mengingati membesar bermain berkaki ayam di jalanan.

Dia menambah: “Ia benarbenar sukar kerana di Afrika, kami tidak mempunyai peluang seperti di sini.

“Sebagai contoh, apabila saya masih muda, ayah dan ibu saya, mereka hanya bekerja untuk membantu kami, tetapi jika kamu mahu bermain bola sepak, mereka tidak mempunyai wang untuk membeli kasut, jadi kami hanya bermain di jalanan bersama rakan tanpa kasut tetapi kami gembira dengan saat itu kerana masih muda.”

Kehadiran Bissouma akan memberikan saingan di bahagian tengah kepada PierreEmil­e Hojbjerg, Rodrigo Bentancur dan Oliver Skipp dengan masa depan pemain seperti Harry Winks, Tanguy Ndombele dan Giovani Lo Celso menjadi tanda-tanya.

Bissouma adalah pemain ketiga dibeli Spurs pada musim panas ini selepas mendapatka­n Ivan Perisic dan Fraser Forster.

Pengurus Spurs, Antonio Conte mahu membina skuad Spurs yang mampu mencabar kejuaraan Liga Perdana dan Liga Juara-Juara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia