Utusan Borneo (Sabah)

Kyrgios kecundang di tangan Hurkacz

-

HALLE WESTFALLEN: Nick Kyrgios melakukan 30 pukulan servis kencang namun tetap kecundang 4-6, 7-6(7/2) dan 7-6(7/4) kepada Hubert Hurkacz dalam perlawanan separuh akhir kejohanan di Halle pada Sabtu.

Pemain wildcard dari Australia itu, yang beraksi cemerlang di permukaan rumput sejak dua minggu lalu dan diteruskan dengan kemaraan ke peringkat separuh akhir kejohanan di sini, bagaimanap­un gagal meraih kemenangan ketika berdepan dengan bintang Poland yang menewaskan Roger Federer di Wimbledon tahun lepas.

Hurkacz, pilihan kelima kejohanan, melakukan 27 pukulan servis kencang pada perlawanan berlangsun­g lebih dua jam dengan kedua-dua pemain gagal mengekalka­n rentak mereka.

Hurkacz, yang pernah melangkah sehingga ke separuh akhir di Wimbledon, berada pada ranking ke-12 dunia berbanding 65 untuk Kyrgios dan akan memburu kejuaraan pertama di permukaan rumput apabila bertemu Daniil Medvedev dari Rusia di final.

Medvedev, pemain nombor satu dunia, memusnahka­n impian pemain tuan rumah, Oscar Otte untuk meraih kejuaraan di tanahairny­a sendiri dengan kemenangan 7-6(7/3) dan 6-4.

Kyrgios berada dalam semangat yang walaupun tewas kepada Hurkacz.

“Dia pemain yang sangat hebat,” kata Kyrgioos.

“Pukulan servisnya cukup luar biasa. Saya secara jujurnya tidak merasakan saya dapat membaca pukulannya.

“Saya bermain dengan baik pada dua set terakhir tetapi saya bermain luar biasa pada tiebreak set kedua. Apa pun, saya gembira dengan prestasi saya minggu ini.”

Kygios akan beraksi di Mallorca untuk persediaan terakhir sebelum kejohanan Grand Slam Wimbledon yang akan bermula pada 26 Jun.

“Saya mungkin menggunaka­n kejohanan ini dan tidak terlalu risau tentang keputusan kerana saya mahu meningkatk­an prestasi saya,” tambahnya.

Kyrgios juga bersemanga­t untuk beraksi di Wimbledon, walaupun mata ranking tidak akan diberikan pada kejohanan itu kerana ketegangan politik dengan badan induk sukan tenis lelaki dan wanita (ATP dan WTA) selepas penganjur Wimbledon menggantun­g penyertaan semua pemain dari Rusia dan Belarus ekoran penceroboh­an Rusia ke atas Ukraine.

“Saya mahu cuba mengutip seberapa mata yang saya mampu sebelum Wimbledon,” kata Kyrgios.

“Saya masih mahu bermain dengan baik di Wimbledon tetapi tanpa mata ranking, anda tidak berasa terlalu tertekan.”

 ?? — Gambar AFP ?? AKUR: Reaksi Kyrgios (melutut) selepas perlawanan separuh akhir menentang Hurkacz di Kejohanan Halle.
— Gambar AFP AKUR: Reaksi Kyrgios (melutut) selepas perlawanan separuh akhir menentang Hurkacz di Kejohanan Halle.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia