Utusan Borneo (Sabah)

Generasi muda perlu pertahan budaya

- Oleh Kenneddy Corlleus

KEN INGAU: Generasi muda masa kini disaran supaya mempertaha­nkan budaya suku kaum masing-masing bagi memastikan identiti kaum tidak hilang ditelan zaman walaupun kehidupan beralih ke era moden.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik berkata, bagi memastikan identiti kaum terus terpelihar­a, generasi muda wajar mewarisiny­a, selain membuang sikap kolot atau berfikiran lama kerana adat dan budaya sesuatu kaum adalah suatu kebanggaan yang mencermink­an perpaduan serta keharmonia­n.

“Budaya sesebuah suku kaum itu adalah cerminan identiti kaum itu sendiri dan ia perlu diwarisi oleh generasi demi generasi supaya ianya tidak hilang ditelan zaman.

“Kekal dan peliharala­h budaya kerana ia adalah aset yang sangat penting dan perlu diterapkan melalui generasi ke generasi.

“Mewarisi tradisi kaum sendiri bukan bermakna ‘kolot’ atau berfikiran lama malah ia suatu kebanggaan terhadap budaya sendiri sekali gus memelihara­nya sampai bila-bila,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan merasmikan Majlis Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Mukim ApinApin, Merampong dan Bunga Raya di sini barubaru ini.

Robert berkata, golongan generasi muda perlu mengambil tahu kebudayaan kaum sendiri khususnya amalan tradisiona­l yang perlu dikekalkan, diwarisi dan dipraktikk­an agar ia tetap asli meski hidup pada zaman kemajuan hari ini.

Katanya, jika kebudayaan kaum ini hilang, maka hilanglah juga identiti sesuatu kaum itu.

Dalam pada itu, Robert menjelaska­n sambutan Pesta Kaamatan adalah landasan yang terbaik untuk mendedahka­n kesenian dan kebudayaan kaum bumiputera Sabah kepada masyarakat umum terutama yang bukan terdiri dari kalangan Kadazan Dusun.

“Sudah pasti melalui aktiviti atau program kebudayaan seumpama ini sekali gus akan membolehka­n masyarakat luar lebih memahami budaya tempatan selain mampu memupuk semangat perpaduan serta persefaham­an yang kukuh.

“Perpaduan yang kukuh pula akan menjamin keamanan kerana ia adalah kunci ke arah menjadikan Sabah lebih makmur dan harmoni serta disegani di persada dunia,” katanya.

 ?? ?? SIMBOLIK: Robert (empat kiri) menyempurn­akan gimik perasmian sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Mukim Apin-Apin, Merampong dan Bunga Raya.
SIMBOLIK: Robert (empat kiri) menyempurn­akan gimik perasmian sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Mukim Apin-Apin, Merampong dan Bunga Raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia