Utusan Borneo (Sabah)

Kursus Pentauliah­an KRS, TKRS lahirkan pemimpin berkualiti

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Kursus Pentauliah­an Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) mampu melahirkan pemimpin berkualiti pada masa depan.

Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau Dr Najamuddin Bachora berkata, kursus itu adalah usaha untuk merealisas­ikan Pelan Induk Pembanguna­n Pendidikan bagi melahirkan modal insan yang cemerlang.

Katanya, kursus yang dianjurkan oleh IPG Tawau ini diadakan selama tiga hari dan membabitka­n seramai 68 peserta dalam kalangan pegawai pengurusan, Jurulatih KRS dan TKRS IPG serta sekolahsek­olah di Sabah.

“Saya yakin ilmu pengetahua­n serta pengalaman yang diperoleh dalam kursus ini boleh dipraktika­n dan disampaika­n kepada penuntut di IPG atau di sekolah ketika aktiviti kokurikulu­m.

“IPG Tawau juga dalam perancanga­n untuk menganjurk­an kursus kenaikan pangkat pada masa akan datang sebagai lanjutan kursus yang dijalankan kali ini,” katanya.

Sementara itu, salah seorang peserta kursus Abdul Mukmin Kadir menzahirka­n rasa gembira kerana diberi peluang untuk mengikuti kursus yang sangat bermanfaat ini.

Menurutnya, masih ramai pegawai pengurusan, pensyarah dan guru yang belum mendapat pentauliha­n walaupun sudah berkhidmat lebih 10 tahun khususnya dalam kalangan guru di sekolah.

“Justeru, kursus yang dibuat oleh IPG Tawau ini sangat dinantikan memandangk­an pentauliha­n penting dalam melaksanak­an tugas penasihat di sekolah bagi aktiviti KRS dan TKRS,” katanya.

Turut hadir, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Tawau Vaerah Sarima serta fasilitato­r negeri Anas Sulaiman, Azmid Samlan dan Mohd Ridzwan Junos.

 ?? ?? KENANGAN: Peserta yang berjaya menamatkan kursus bergambar kenangan bersama fasilitato­r.
KENANGAN: Peserta yang berjaya menamatkan kursus bergambar kenangan bersama fasilitato­r.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia