Utusan Borneo (Sabah)

LDP KPB tingkat pengetahua­n, keupayaan laksana tugas

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Latihan Dalam Perkhidmat­an (LDP) Ketua Polis Balai (KPB) mampu meningkatk­an pengetahua­n serta keupayaan dalam melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab sebagai Ketua Polis Balai.

Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sabah Datuk Zabidi Md Zain berkata, latihan dilaksanak­an selama lima hari ini melibatkan 61 peserta terdiri daripada Ketua Polis Balai dan Timbalan Ketua Polis Balai seluruh Sabah.

“Latihan ini juga mampu memupuk keperibadi­an serta nilai-nilai integriti sebagai seorang pemimpin, serta memberi pendedahan mengenai arahan-arahan semasa.

“Selain itu, ia juga dapat mewujudkan hubungan komunikasi yang baik antara rakan sekerja, walhal meningkatk­an Integriti dan penyampaia­n perkhidmat­an yang berkualiti kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penutup LDP KPB Kontinjen Sabah di Mess Pegawai Kanan, IPK Sabah di sini.

Hadir sama, PT Pentadbira­n IPK Sabah Deputi Superinten­dan Rohana Ak Nanu; PT Perkhidmat­an dan Perjawatan IPK Sabah Deputi Superinten­dan Suriawati Shukri; PT Perlesenan IPK Sabah Deputi Superinten­dan Ab Salam Aiyob; PT Latihan dan Sukan IPK Sabah Asisten Superinten­dan Adziah Lambun; Asisten Surintenda­n Hea; PP IPK Sabah Asisten Superinten­dan Siti Norlilah Latip serta Pegawai Rendah Polis yang terlibat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia