Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia mahu angkat industri perfileman melalui kerjasama dengan rakan ASEAN

-

BANGKOK: Malaysia mahu meningkatk­an kerjasama dengan penggiat industri perfileman luar negara khususnya di negara-negara ASEAN, dalam usaha mengangkat industri perfileman negara ke tahap lebih tinggi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musayangki­nidalamran­gkalawatan­kerjakeBan­gkokberkat­a beliau mahu meninjau peluang kerjasama antara penerbit dan pengedar filem di rantau itu.

Beliau mahu melihat lebih banyak kerjasama terjalin, antara penggiat industri itu di Malaysia dan negara- negara ASEAN, selain di China, India dan Korea.

“Kita tidak boleh tunggu untuk mereka datang. Kita perlu bertindak proaktf untuk membawa industri perfileman ke tahap berikutnya,” katanya kepada Bernama di sini, kelmarin.

Terdahulu, Annuar melawat Gross Domestic Happiness (GDH) Studio, salah satu studio filem terbesar di Thailand.

GDH merupakan pengeluar filem pelbagai genre dan drama termasuk filem Bad Genius, filem tahun 2017 yang mencatatka­n kejayaan besar sehingga di peringkat antarabang­sa.

Annuar turut mengadakan perbincang­an dengan ketua pegawai eksekutif GDH Jina Osothsilp, untuk menjalin kerjasama dengan Thailand dalam industri perfileman.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Prof Dr Md Nasir Ibrahim.

Lawatan ke GDH turut memberi peluang kepada Annuar untuk melihat sendiri usaha dan dasar yang dilaksanak­an di Thailand, untuk mempromosi dan menggalakk­an industri perfileman.

Beliau berkata Malaysia dan Thailand sebelum ini telah menandatan­gani perjanjian secara bilateral dalam bidangbida­ng seperti telekomuni­kasi, industri kreatif serta industri filem dan muzik.

Namun, berikutan pandemik COVID-19, perjanjian yang dicapai tidak dapat dilaksanak­an dan oleh itu Annuar berkata beliau mahu inisiatif itu disambung semula.

 ?? — Gambar Bernama ?? PENERANGAN: Annuar mendengar penerangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif GDH Jina Osothsilp ketika mengadakan lawatan kerja ke Gross Domestic Happiness (GDH) Studio di Bangkok, semalam.
— Gambar Bernama PENERANGAN: Annuar mendengar penerangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif GDH Jina Osothsilp ketika mengadakan lawatan kerja ke Gross Domestic Happiness (GDH) Studio di Bangkok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia