Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar UMS raih Anugerah Pelajar Perakaunan Terbaik

Terima pengiktira­fan daripada Institut Akauntan Malaysia

-

KOTA KINABALU: Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) mencipta kejayaan di peringkat kebangsaan dengan menerima pengiktira­fan daripada Institut Akauntan Malaysia (MIA) menerusi Anugerah Pelajar Perakaunan Terbaik 2021.

Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perniagaan (FPEP) UMS Yishal Thillinada­n menerima anugerah berkenaan sempena ‘MIA Internatio­nal Accountant­s Conference’ (MIAC) 2022 yang dianjurkan secara atas talian, baru-baru ini.

Ketika dihubungi, beliau meluahkan rasa teruja dan bersyukur atas anugerah yang diterimany­a.

“Menerima anugerah ini adalah detik paling membanggak­an dalam perjalanan pengajian di UMS. Saya berasa sangat bertuah menerima penghormat­an ini.

“Saya juga percaya anugerah ini akan dapat memberi lebih banyak ruang dan peluang untuk saya di alam pekerjaan kelak,” katanya.

Beliau turut berbangga kerana dapat membawa nama UMS dalam dunia perakaunan di Malaysia ke peringkat antarabang­sa.

Yishal yang berasal dari negeri Selangor kini sedang menjalani latihan praktikal di KPMG Petaling Jaya, sebuah firma audit antarabang­sa.

“Saya berharap lebih ramai pelajar akan cuba mempraktik­kan keseimbang­an dalam bidang akademik serta penglibata­n kokurikulu­m.

“Pencapaian akademik semata-mata tidak akan membawa kita pergi lebih jauh, apa yang lebih penting adalah kebolehan berkomunik­asi yang mampu ditimba daripada penglibata­n dalam kokurikulu­m dan kesukarela­wan,” jelasnya.

Selain itu, UMS dalam kenyataan menjelaska­n anugerah itu diberikan kepada pelajar terbaik bagi universiti tempatan yang diiktiraf di bawah Akta Akauntan 1967, sekali gus mengharumk­an nama UMS di peringkat kebangsaan.

Anugerah berkenaan menitikber­atkan kecemerlan­gan akademik dan kokurikulu­m pelajar sepanjang pengajian di universiti tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia