Utusan Borneo (Sabah)

63 sembuh, 127 kes baharu COVID-19 direkodkan

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Sejumlah 63 pesakit COVID-19 direkodkan sembuh pada 18 Jun 2022 sementara sebanyak 127 kes baharu direkodkan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, sejumlah 177 pesakit masih menerima rawatan dan tiga orang berada dalam Unit Rawatan Rapi serta seorang memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Kumulatif penduduk Sabah yang menerima vaksin dos pertama setakat 17 Jun 2022 adalah seramai 2,606,731 orang.

“Ini meliputi 2,137,823 orang penduduk dewasa bersamaan dengan 78.69 peratus jumlah penduduk dewasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, bagi penduduk Sabah yang menerima dos lengkap adalah seramai 2,498,318 orang.

Daripada jumlah itu katanya, seramai 2,094,281 orang atau 77.1 peratus adalah penduduk dewasa.

“Seramai 336,125 orang penduduk remaja telah menerima satu dos vaksin, manakala penduduk remaja yang lengkap dos vaksin adalah seramai 320,616 atau 75.23 peratus orang setakat ini.

“Bagi penduduk kanakkanak pula, seramai 132,783 orang menerima dos pertama vaksin, manakala penduduk kanak-kanak yang lengkap dos vaksin adalah seramai 83,421 orang sahaja,” katanya.

 ?? ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia