Utusan Borneo (Sabah)

Sabah rekod 93 kes baharu COVID-19

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Sabah semalam merekodkan sejumlah 93 kes baharu COVID19 dengan penurunan 34 kes berbanding hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, secara keseluruha­n, 19 daerah tidak merekodkan jangkitan baharu sepanjang 24 jam lalu.

“Sebanyak 12 daerah mencatatka­n penurunan kes baharu dan cuma empat daerah merekodkan jangkitan harian bertambah termasuk Sandakan yang merekodkan kes baharu dua angka.

“Kota Kinabalu dan Penampang merekodkan trend jangkitan harian yang berbeza,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, jangkitan harian di Kota Kinabalu naik mendadak kepada 56 kes semalam, pertambaha­n sebanyak 24 kes berbanding hari sebelumnya.

Katanya, kes baharu di Penampang pula turun sebanyak 34 kes dengan mencatatka­n hanya 14 kes semalam.

“Lebih 80 peratus daripada kes baharu di Kota Kinabalu adalah melalui jangkitan sporadik.

“Sebanyak 92 daripada 93 kes baharu semalam adalah dalam kategori satu dan dua, serta satu kes dalam kategori empat,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia