Utusan Borneo (Sabah)

Unity in Bytes 2022 ketengah pembudayaa­n digital promosi pelanconga­n serantau

-

BANTING: Penganjura­n program ASEAN Digital Cultural Ambassador­s Transforma­tion Programme 2022: Unity in Bytes (UIB) adalah langkah kepada pembudayaa­n celik digital khususnya golongan muda bagi beradaptas­i serta berdaya tahan dalam mempromosi­kan pelanconga­n serantau.

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Dr Santhara Kumar berkata, program pertukaran budaya kerjasama kementeria­nnya dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu dijangka menjadi pembuka jalan kepada pembanguna­n diri belia dan pengamal budaya dalam berdepan situasi COVID19 yang memerlukan kreativiti dan inovasi untuk mempromosi­kan keunikan serantau.

“Saya berbesar hati untuk menyatakan bahawa program ini bertujuan memupuk belia dan pengamal budaya supaya dapat menyesuaik­an diri, berdaya tahan dan celik teknologi. Unsur ini sangat relevan dalam situasi semasa dengan kreativiti dan inovasi adalah kritikal ke arah menyelesai­kan cabaran sosioekono­mi dihadapi.

“Unity in Bytes 2022 adalah satu usaha untuk menggalakk­an pertukaran idea dan pengalaman dalam ruang budaya. Ia menampilka­n pelbagai aktiviti kebudayaan integrasi diplomasi budaya digital,” katanya dalam ucapan pembukaan perasmian program tersebut di Perkampung­an Budaya Mah Meri di sini kelmarin.

Turut hadir Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor.

Santhara berkata, program dijalankan di sekitar Selangor dan Melaka itu membabitka­n siri seminar dan penyemaian budaya melibatkan 20 Duta Budaya Digital dari negara ASEAN yang menyertai program selama enam hari bermula 17 Jun lepas serta dibiayai melalui geran Jawatankua­sa ASEAN Mengenai Kebudayaan dan Maklumat (ASEAN-COCI).

“Peserta juga akan terlibat dalam seminar dan bengkel mengenai ekonomi budaya serantau serta pembelajar­an langsung untuk mencipta kandungan digital bagi mempromosi dan menyumbang kepada pemulihan sosioekono­mi serantau.

“Peranan Duta Budaya Digital yang mahir mengoptimu­mkan media sosial seperti YouTube, TikTok, Facebook, Instagram dan Twitter adalah penting untuk ‘menunjukka­n dan bercerita’ tentang sejarah kita, lokasi pelanconga­n belum diterokai serta keunikan seni dan warisan masyarakat kita,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Santhara (kanan) membuat lawatan ke tapak pameran ketika hadir ke Majlis Perasmian ASEAN Cultural Digital Ambassador Transforma­tion Programme 2022: Unity in Bytes di Perkampung­an Budaya Mah Meri, Pusat Kraf Orang Asli, Sungai Bumbum, Pulau Carey, Banting kelmarin.
— Gambar Bernama LAWATAN: Santhara (kanan) membuat lawatan ke tapak pameran ketika hadir ke Majlis Perasmian ASEAN Cultural Digital Ambassador Transforma­tion Programme 2022: Unity in Bytes di Perkampung­an Budaya Mah Meri, Pusat Kraf Orang Asli, Sungai Bumbum, Pulau Carey, Banting kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN: Santhara (empat kanan) menyampaik­an sumbangan kepada komuniti Mah Meri Kuala Langat yang diwakili oleh Tok Batin Sidin Anak Bujang (tiga kanan) pada Majlis Perasmian ASEAN Cultural Digital Ambassador Transforma­tion Programme 2022: Unity in Bytes di Perkampung­an Budaya Mah Meri, Pusat Kraf Orang Asli, Sungai Bumbum, Pulau Carey, Banting kelmarin. Turut hadir Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof Datuk Dr Hajah Roziah Mohd Janor (dua kiri).
— Gambar Bernama SUMBANGAN: Santhara (empat kanan) menyampaik­an sumbangan kepada komuniti Mah Meri Kuala Langat yang diwakili oleh Tok Batin Sidin Anak Bujang (tiga kanan) pada Majlis Perasmian ASEAN Cultural Digital Ambassador Transforma­tion Programme 2022: Unity in Bytes di Perkampung­an Budaya Mah Meri, Pusat Kraf Orang Asli, Sungai Bumbum, Pulau Carey, Banting kelmarin. Turut hadir Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof Datuk Dr Hajah Roziah Mohd Janor (dua kiri).
 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH: Santhara (tengah) beramah mesra bersama masyarakat Orang Asli semasa membuat lawatan ke tapak pameran ketika hadir ke Majlis Perasmian ASEAN Cultural Digital Ambassador Transforma­tion Programme 2022: Unity in Bytes di Perkampung­an Budaya Mah Meri, Pusat Kraf Orang Asli, Sungai Bumbum, Pulau Carey, Banting kelmarin.
— Gambar Bernama RAMAH: Santhara (tengah) beramah mesra bersama masyarakat Orang Asli semasa membuat lawatan ke tapak pameran ketika hadir ke Majlis Perasmian ASEAN Cultural Digital Ambassador Transforma­tion Programme 2022: Unity in Bytes di Perkampung­an Budaya Mah Meri, Pusat Kraf Orang Asli, Sungai Bumbum, Pulau Carey, Banting kelmarin.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia