Utusan Borneo (Sabah)

Segera bantu penduduk alih penghadang jalan haram

-

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa berkaitan diminta segera membantu untuk mengalihka­n tiang konkrit yang diletakkan penduduk secara haram sebagai penghadang jalan.

Penduduk Taman Wijaya Reynold A. Abdullah, 40, berkata, tindakan berkenaan untuk membuat laluan alternatif agar penduduk dapat menggunaka­n jalan yang menghubung­kan Taman Wijaya ke Jalan Rampayan Manggatal di sini.

Beliau kecewa dengan tindakan penyewa atau penduduk yang tinggal di kilang bersebelah­an dengan laluan alternatif berkenaan kerana bertindak tanpa kebenaran pihak berkuasa untuk menutup jalan berkenaan.

“Beberapa tahun lalu pihak berkuasa sudah menaik taraf laluan berkenaan untuk kegunaan semua pihak khususnya penduduk Taman Wijaya.

“Laluan ini penting kerana taman ini sentiasa dilanda banjir dan ia boleh digunakan penduduk di sini untuk menyelamat­kan kenderaan masing-masing.

“Bagaimanap­un, sejak laluan itu dibuka untuk kegunaan orang awam, penduduk yang tinggal di sebelah laluan berkenaan dengan sendiri menggunaka­n jentolak menutup laluan itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau juga kecewa kerana sistem saliran yang tidak terancang daripada pembinaan kondominiu­m baharu di kawasan berkenaan menjadi salah satu faktor Taman Wijaya selalu banjir walaupun hujan lebat hanya berlaku selama 30 minit.

Katanya, projek pembesaran Sungai Rampayan yang tidak mempunyai kesudahan juga menjadi faktor mengapa Taman Wijaya serta rumahrumah kampung yang berada disekitarn­ya sentiasa mengalami banjir.

“Sampai bila kami mahu ‘berenang’ dalam rumah setiap kali hujan lebat turun, keadaan ini tidak pernah terjadi dahulu tetapi sejak 10 tahun kebelakang­an ini, kejadian banjir sentiasa berlaku tanpa ada kesudahan.

“Dalam bulan ini sahaja, sudah tiga kali kejadian banjir berlaku di kawasan ini,” katanya.

Beliau serta penduduk di sekitar termasuk penduduk kampung berharap masalah banjir di kawasan berkenaan dapat diatasi demi kebaikan bersama di masa hadapan.

 ?? ?? HARAM: Pihak berkuasa perlu segera bantu penduduk mengalihka­n penghadang jalan yang diletakkan secara haram oleh pihak tidak bertanggun­gjawab.
HARAM: Pihak berkuasa perlu segera bantu penduduk mengalihka­n penghadang jalan yang diletakkan secara haram oleh pihak tidak bertanggun­gjawab.
 ?? ?? BANJIR KILAT: Banjir kilat yang sentiasa menenggela­mkan padang Taman Wijaya sehingga menyebabka­n laluan ke rumah penduduk putus.
BANJIR KILAT: Banjir kilat yang sentiasa menenggela­mkan padang Taman Wijaya sehingga menyebabka­n laluan ke rumah penduduk putus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia