Utusan Borneo (Sabah)

Bajet 2023: Kerajaan utamakan peruntukan penyelengg­araan aset

-

JELI: Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU) dan Kementeria­n Kewangan (MOF) telah diminta supaya memberi keutamaan terhadap peruntukan penyelengg­araan aset bagi semua kementeria­n dalam penyediaan Bajet 2023.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pada April lepas EPU membentang­kan kertas Jemaah Menteri mengenai keperluan menyediaka­n peruntukan lebih besar untuk menyelengg­ara aset-aset kerajaan termasuk peralatan, bangunan dan jalan raya.

“Peruntukan penyelengg­araan bagi kementeria­n yang mempunyai prestasi perbelanja­an rendah dicadang diagih semula bagi menampung keperluan perbelanja­an penyelengg­araan kepada kementeria­n yang memerlukan.

“Budaya penyelengg­araan perlu dititik berat bagi memastikan aset dan kemudahan kerajaan sentiasa dalam keadaan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa melakukan lawatan kerja ke Laluan Persekutan FT004 di sempadan Gerik, Perak dan Jeli, di sini semalam, yang turut disertai Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Ir Mohd Suhaili Ismail.

Mustapa berkata kerajaan juga akan mengambil langkah proaktif pada tahun ini untuk menyediaka­n peruntukan bagi kerja-kerja penyelengg­araan aset.

Sementara itu, mengulas mengenai aduan kerosakan Lebuhraya Timur-Barat yang sering dibangkitk­an oleh pengguna, beliau berkata JKR Kelantan telah mengemukan laporan terperinci mengenai isu penyelengg­araan lebuh raya tersebut terutama berkaitan kekangan peruntukan.

“Bagi jajaran Kelantan, sebanyak RM16.6 juta telah dibelanjak­an pada 2021 untuk kerja-kerja penyelengg­araan manakala sebanyak RM10.9 juta pula diperuntuk­an bagi penyelengg­araan di 11 lokasi jajaran pada tahun ini.

“Secara keseluruha­n, penyelengg­araan di sepanjang lebuh raya ini telah dilaksanak­an secara berperingk­at, namun peruntukan lebih besar diperlukan untuk penyelengg­araan lebuh raya terutama bagi jajaran di Perak dan sempadan di Kelantan” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWAT: Mustapa (tengah) meninjau sebahagian laluan Lebuhraya Timur-Barat di sempadan Gerik, Perak dan Jeli . Turut sama Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan Mohd Suhaili Ismail (dua kanan).
— Gambar Bernama LAWAT: Mustapa (tengah) meninjau sebahagian laluan Lebuhraya Timur-Barat di sempadan Gerik, Perak dan Jeli . Turut sama Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan Mohd Suhaili Ismail (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia