Utusan Borneo (Sabah)

Hajiji terima kunjungan hormat Tah Nia

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada rombongan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) yang diketuai oleh Pengarah JPNS Tah Nia Jaman, di Menara Kinabalu di sini semalam.

Kunjungan hormat itu bertujuan mengeratka­n kerjasama antara JPNS dengan kerajaan negeri khususnya dalam aspek pendidikan yang berkaitan

urusan melibatkan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Sabah.

Ia adalah kunjungan hormat julung kali Tah Nia sebagai pengarah dan disertai barisan pegawai kanan jabatan iaitu Timbalan Pengarah Sektor Perancanga­n dan Pengurusan PPD Mohd Zaini Yanin; Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Abidin Marjan; Timbalan Pengarah Sektor Pembelajar­an Dr Mohd Kassim Tusin; Timbalan Pengarah Sektor

Pembanguna­n Muddin Beting dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan, Ajijah @ Azizah Baba.

Tah Nia melapor diri sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Sabah pada 20 Mei lalu selepas dilantik pada 13 Mei bagi menggantik­an Datuk Dr Mistirine Radin yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Bahagian Profesiona­lisme Guru Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) di Putrajaya.

 ?? ?? KENANGAN: Hajiji (tiga kanan), Tah Nia (tiga kiri) bersama rombongan merakamkan gambar kenangan.
KENANGAN: Hajiji (tiga kanan), Tah Nia (tiga kiri) bersama rombongan merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia