Utusan Borneo (Sabah)

ENAM KILOGRAM DADAH DIRAMPAS

● Polis tahan dua lelaki ketika sedang melakukan ‘transaksi’ di Bandar Seri Indah

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Dua lelaki tempatan ditahan ketika sedang melakukan ‘transaksi’ penjualan dadah disyaki jenis syabu seberat enam kilogram menerusi satu serbuan di Bandar Sri Indah, di sini pada 14 Jun lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.55 petang itu, suspek yang berumur masingmasi­ng 30 dan 42 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sabah.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, serbuan dibuat sebaik menerima maklumat awam mengenai aktiviti pengedaran dadah terbabit.

Katanya, pasukan serbuan melakukan intipan di lokasi dan melihat kedua-dua suspek sedang melakukan ‘transaksi’ sebelum membuat serbuan.

“Hasil serbuan, polis berjaya merampas satu kotak gabus yang mengandung­i enam bungkusan tertera tulisan ‘Ecological Rice’ dan mendapati di dalamnya mengandung­i dadah disyaki jenis syabu. Keduadua suspek ditahan dan semua dadah jenis syabu seberat enam kilogram yang dianggarka­n bernilai RM216,000 itu dirampas,” katanya dalam sidang media, di sini semalam.

Menurutnya, kedua-dua suspek dipercayai sindiket yang aktif menjalanka­n aktiviti jenayah pengedaran dadah di daerah Tawau dan sekitarnya, namun tidak ada kaitan dengan rampasan dadah sebelum ini.

“Hasil siasatan mendapati salah seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Ujian saringan air kencing yang dilakukan juga mendapati salah seorang daripada suspek positif Methamphet­amine,” katanya.

Jasmin berkata, tangkapan dan rampasan berkenaan sekali gus berjaya membongkar satu lagi sindiket aktiviti pengedaran dadah di daerah ini.

Menurutnya, berdasarka­n rampasan sebelum ini dan bungkusan dadah terbabit, kemungkina­n ia dibawa masuk dari luar negara.

“Jumlah rampasan dadah ini dipercayai boleh mempengaru­hi sehingga 50,000 orang penagih di daerah ini dan sekitarnya,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek kini masih ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, jika sabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati.

 ?? ?? RAMPAS: Jasmin (tengah) menunjukka­n dadah yang dirampas dalam serbuan itu.
RAMPAS: Jasmin (tengah) menunjukka­n dadah yang dirampas dalam serbuan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia