Utusan Borneo (Sabah)

Anifah nafi terima wang daripada UKSB

-

KOTA KINABALU: Bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menafikan pernah bertemu atau menerima sebarang bayaran daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) seperti dinyatakan David Tan.

David adalah saksi kepada perbicaraa­n kes rasuah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Anifah turut bersedia untuk membantu siasatan yang dijalankan pihak berkuasa bagi membersihk­an namanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini kelmarin, sebagai maklum balas kepada laporan berita membabitka­n keterangan David dalam perbicaraa­n kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada 17 Jun lalu. Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) berkata, dalam laporan itu namanya dikatakan dicatat dalam buku lejar UKSB sebagai penerima dana daripada syarikat berkenaan.

“Saya terkejut dengan laporan ini. Ketika bertugas sebagai Menteri Luar, saya berjumpa ramai orang. Seingat saya, saya tidak pernah bertemu David atau menerima sebarang wang daripadany­a mahupun UKSB. Saya tidak mengetahui siapa mereka dan saya tidak pernah berurusan dengan mereka dalam apa perkara sekalipun,” katanya.

 ?? ?? ANIFAH
ANIFAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia