Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki diberkas cuba rasuah pegawai polis

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Tindakan dua lelaki yang cuba merasuah pegawai polis akhirnya membawa padah selepas kedua-dua suspek berjaya diberkas dalam kejadian kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 7.45 pagi di Bulatan Yayasan Sabah dekat sini.

Menurutnya, kedua-dua suspek didapati cuba membuat pusingan secara melawan arus di laluan berkenaan.

Katanya, selepas menjalani pemeriksaa­n, pemandu kenderaan berkenaan didapati tidak mempunyai lesen memandu serta tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

“Suspek cuba merasuah pegawai polis dengan memberi suapan wang tunai berjumlah RM650 supaya tidak dikenakan tindakan.

“Bagaimanap­un, pegawai polis segera bertindak merampas wang tunai terbabit dan terus menahan keduadua suspek,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, wang tunai yang dirampas terus diserahkan kepada pihak SPRM untuk tindakan selanjutny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia