Utusan Borneo (Sabah)

Mangsa kedua ‘kepala air’ ditemukan

- Oleh Siti Aisyah Narudin

PENAMPANG: Mayat kedua mangsa lemas yang dihanyutka­n kepala air ditemukan kira-kira jam 11.04 pagi semalam di Sungai Moyog di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPgB) Zeno Tingalan berkata, pasukan bomba dan penyelamat menemukan mayat mangsa pada jarak 300 meter dari pos kawalan kedua.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lokasi kejadian.

“Seterusnya mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selajutnya dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 11.15 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sementara itu, Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim yang juga Ketua Pasukan SAR berkata, mayat Tomansi Olaf, 17, ditemukan kira-kira 2.5 kilometer dari tempat mangsa dilaporkan lemas.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu untuk bedah siasat lanjut.

Dalam pada itu, pihaknya turut merakamkan penghargaa­n terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjalanka­n operasi SAR sehingga mayat kedua-dua mangsa ditemukan.

Sabtu lepas, enam sekawan yang mandi di Sungai Timpangoh dekat sini dihanyutka­n oleh kepala air yang mengakibat­kan dua mangsa maut manakala empat lagi selamat tanpa kecederaan.

Empat mangsa yang terperangk­ap berjaya diselamatk­an pihak bomba manakala, dua lagi hanyut dibawa kepala air sebelum ditemukan meninggal dunia.

Mangsa pertama ditemukan pada jam 2.45 petang semalam pada jarak sekitar empat kilomter dari lokasinya dilaporkan hilang.

 ?? — Gambar ihsan JBPM Negeri Sabah ?? MAUT: Mayat mangsa kedua yang dihanyutka­n kepala air diusung pasukan penyelamat selepas ditemukan di Sungai Moyog.
— Gambar ihsan JBPM Negeri Sabah MAUT: Mayat mangsa kedua yang dihanyutka­n kepala air diusung pasukan penyelamat selepas ditemukan di Sungai Moyog.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia