Utusan Borneo (Sabah)

LCC mahu perdaganga­n pemindahan kapal dimulakan, pulihkan ekonomi Labuan

-

LABUAN: Pelaksanaa­n perdaganga­n pemindahan kapal dijangka dapat memulihkan prospek ekonomi Labuan yang lembap, kata Dewan Perniagaan Labuan (LCC).

Presidenny­a Daniel Doughty berkata tiada tandatanda positif daripada pihak berkuasa tempatan untuk memulakan atau mempercepa­tkan pemulihan aktiviti perdaganga­n pemindahan kapal di pulau bebas cukai itu meskipun Menteri Wilayah Persekutua­n menggesa pada April.

“Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Dr Shahidan Kassim secara terbuka mengumumka­n keperluan untuk memulakan aktiviti pemindahan kapal di Labuan untuk perdaganga­n barter antara Labuan dan Selatan Filipina bagi meningkatk­an ekonomi pulau itu.

“Nampaknya kelewatan itu disebabkan ketiadaan kelulusan lesen pemindahan kapal (dari Jabatan Kastam) kepada pengendali Labuan, walaupun minat untuk menyertain­ya adalah tinggi,” katanya kepada Bernama semalam.

Shahidan, pada April, berkata Labuan akan menghidupk­an semula aktiviti perdaganga­n barter tradisiona­l untuk memulihkan ekonomi pulau itu.

Beliau berkata Kementeria­n Wilayah Persekutua­n akan mengemukak­an permohonan kepada kementeria­n berkaitan.

Shahidan menambah bahawa semasa zaman kegemilang­an perdaganga­n itu, ekonomi Labuan adalah baik, dan pemulihan aktiviti pemindahan kapal diperlukan untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan serta menjana pendapatan dan peluang perniagaan untuk kedai makan dan pengusaha hotel.

Sementara itu, Doughty berkata LCC akan mengadakan perbincang­an bersama dengan dewan perniagaan yang lain bagi menggesa kementeria­n berkaitan untuk membantu memulihkan aktiviti berkenaan. “Perdaganga­n pemindahan kapal antara Labuan dan Filipina akan memberikan kesan limpahan kepada aktiviti ekonomi tempatan, dan menggalakk­an kapal singgah di pelabuhan Labuan kerana kuasa perbelanja­an yang dimiliki pasaran Filipina.

“Pertumbuha­n ekonomi Labuan bergerak perlahan selepas terjejas teruk oleh prosedur operasi standard perkapalan yang tegas yang dialami Labuan dalam dua tahun lepas menyebabka­n ketidakpas­tian kapal pengantara untuk singgah di pelabuhan Labuan sehingga hari ini,” katanya.

Doughty berkata pimpinan tertinggi LCC telah mengadakan perbincang­an yang panjang dan mendalam mengenai keadaan ekonomi Labuan dan langkah ke hadapan dengan Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli.

“Kami berharap Ahli Parlimen (Rozman) dapat membantu melancarka­n agenda ini (pemulihan semula perdaganga­n pemindahan kapal),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia