Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki maut, motosikal rempuh kereta

- Oleh Siti Aisyah Narudin

PAPAR: Seorang lelaki maut selepas motosikaln­ya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 10 Jalan Papar-Beaufort dekat sini Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superinten­dan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu, motosikal mangsa dipercayai bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentang­an.

Katanya, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 43 tahun itu dalam perjalanan dari arah Kimanis menuju ke pekan Papar.

“Mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya dengan memasuki laluan bertentang­an.

“Namun disebabkan jarak kedua-dua kenderaan terlalu hampir, pemandu kenderaan terbabit tidak sempat mengelak dan terus merempuh motosikal mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Beliau berkata, pemandu kenderaan berkenaan datang dari arah Kota Kinabalu menuju ke Sipitang.

Kamaruddin berkata, akibat perlanggar­an itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Papar.

Menurutnya, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” katanya.

 ?? ?? MAUT: Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikaln­ya merempuh sebuah kereta.
MAUT: Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikaln­ya merempuh sebuah kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia