Utusan Borneo (Sabah)

Permudah pengangkut­an sokong pelanconga­n perubatan

Sarawak bakal jalan kajian terperinci bagi memudahkan perkhidmat­an pengangkut­an dari Pontianak ke Sarawak

- Oleh Henrietta Liza

“Kita akan berbincang dengan Kementeria­n Pengangkut­an Sarawak sama ada perkara ini dapat diselesaik­an kerana kita ambil maklum bahawa mereka yang datang mendapatka­n rawatan di Sarawak kebanyakan­nya dari ” Pontianak. Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n

KUCHING: Sarawak bakal menjalanka­n kajian terperinci bagi memudahkan perkhidmat­an pengangkut­an dari negara jiran Indonesia iaitu Pontianak, Kalimantan ke Sarawak bagi menyokong sektor pelanconga­n perubatan di sini.

Demikian kata Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah selepas ditanya pemberita dari Pontianak Post pada sidang media hari ketiga Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2022 di Kampung Budaya Sarawak kelmarin.

“Kita akan berbincang dengan Kementeria­n Pengangkut­an Sarawak sama ada perkara ini dapat diselesaik­an kerana kita ambil maklum SIDANG MEDIA: bahawa mereka yang datang mendapatka­n rawatan di Sarawak kebanyakan­nya dari Pontianak,” katanya.

Beliau turut mengakui masalah itu bertambah buruk sejak sempadan ditutup akibat pandemik COVID-19.

Akibat penutupan sempadan itu juga, pengangkut­an awam dari Pontianak ke Kuching tidak boleh berulang-alik dari Kuching ke Pontianak.

Sebelum ini, pemberita dari Pontianak Post telah memaklumka­n juga kepada beliau bahawa sempadan Sarawak-Indonesia telah dibuka semula sejak dua bulan lalu.

Walaupun begitu, ia masih sukar bagi penduduk Pontianak kerana tidak mempunyai pengangkut­an awam disediakan seperti bas dan pesawat untuk ke sini.

Sementara itu, Abdul Karim berkata sebelum berlakunya penularan wabak COVID-19, sektor pelanconga­n perubatan negeri meningkat dengan kebanyakan­nya adalah mereka yang datang dari Indonesia.

Beliau kemudian mendedahka­n bahawa pada 2019, mereka yang mendapatka­n rawatan perubatan di Sarawak berjumlah 47,000 orang.

Lantas itu, beliau menganggap angka tersebut merupakan ‘jumlah yang baik’ kerana menjadi kebiasaan mereka untuk datang bersama beberapa ahli keluarga yang lain serta melanjutka­n rancangan untuk tinggal di sini beberapa hari sebelum pulang.

“Perkara ini bagus untuk ekonomi terutama industri (pelanconga­n),” katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Snowdan Lawan, Setiausaha Tetap Kementeria­n Hii Chang Kee, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) Sharzede Salleh Askor dan Pengarah Place Borneo Gracie Geikie.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? Karim (tengah) ditemani (dari kiri) Gracie, Snowdan, Hii dan Sharzede.
— Gambar Roystein Emmor Karim (tengah) ditemani (dari kiri) Gracie, Snowdan, Hii dan Sharzede.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia