Utusan Borneo (Sabah)

RWMF 2022 telah mencapai sasaran 12,000 pengunjung

-

KUCHING: Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2022 telah mencapai sasaran seramai 12,000 pengunjung kata Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau turut meluahkan rasa puas hati dengan kehadiran pengunjung walaupun terdapat sekatan perjalanan dari beberapa negara dunia.

“Sebanyak 92 peratus daripada pengunjung adalah warga tempatan dan bakinya lapan peratus merupakan warga asing, dengan sejumlah 41 negara terlibat dalam festival ini secara fizikal.

“Pada hari pertama, kita mempunyai 2,000 pengunjung, hari kedua seramai 7,000 orang dan hari ini (Ahad) kita menerima 3,000 lagi pengunjung.

“Saya tidak menjangkak­an ini, tetapi yang mengejutka­n saya adalah ramai yang datang ke Sarawak untuk menyertai festival kita,” katanya pada sidang media hari terakhir RWMF 2022 di Kampung Budaya Sarawak, kelmarin.

Lima negara teratas yang menyertai festival secara fizikal adalah Malaysia, Singapura, United Kingdom, Indonesia dan Australia, tambahnya.

Ia diikuti Sepanyol, Belanda, Rusia, Jepun, Jerman, Perancis, Scotland, Brunei, Switzerlan­d, Turki, Slovakia, Austria, Belgium, Itali, Sweden, Portugal dan Oman.

Manakala bagi tiket secara maya untuk festival tiga hari itu kebanyakan­nya dijual kepada negara seperti China, Australia, Amerika Syarikat dan Sweden.

Sebahagian daripada hasil jualan tiket RWMF 2022 akan digunakan dalam usaha memelihara dan memulihara hutan hujan di sini, tegas Abdul Karim.

Pihaknya menjalanka­n usaha tersebut menerusi projek penanaman 4,500 pokok di Pusat Hidupan Liar Matang dan Rizab Semula Jadi Piasau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia