Utusan Borneo (Sabah)

MAS tambah penerbanga­n ke London 14 kali seminggu

-

KUCHING: Syarikat penerbanga­n Malaysia Airlines (MAS) akan menambah kekerapan penerbanga­n ke London sebanyak 14 kali seminggu bermula Julai depan, kata Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Menurutnya, ia berikutan permintaan yang meningkat susulan pembukaan sempadan antarabang­sa sejak 1 April lalu.

“Bermula Julai ini akan terdapat peningkata­n penerbanga­n oleh MAS dari Malaysia ke London sebanyak 14 penerbanga­n seminggu yang mana sekarang hanya dua kali dalam seminggu,” katanya pada sidang media Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) di Kampung Budaya Sarawak, Santubong kelmarin.

Malaysia turut membuka sempadanny­a kepada syarikat penerbanga­n Qatar Airways untuk penerbanga­n ulangalik dua kali seminggu.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata RWMF mendapat tempat di hati kalangan orang ramai dari luar negara dan sudah tentu promosinya dijalankan secara tepat.

Bagaimanap­un, berkemungk­inan disebabkan sekatan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh sebahagian negara mengehadka­n keinginan rakyatnya untuk melancong ke luar negara buat masa ini.

“Mungkin ia tidak seramai dahulu, berkemungk­inan masih ada negara yang masih melaksanak­an kuarantin dan mereka membenarka­n untuk masuk tetapi bila balik ke negara masing-masing dikehendak­i untuk kuarantin.

“Sebab itu mungkin masih ramai yang berasa keberatan untuk menggembar­a,” tambahnya

 ?? ?? REAKSI:
Nancy ketika ditemui pada hari terakhir RWMF kelmarin.
REAKSI: Nancy ketika ditemui pada hari terakhir RWMF kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia