Utusan Borneo (Sabah)

PM umum Dermasiswa B40 TVET, galak pelajar B40 pilih TVET

Melibatkan seramai 1,000 pelajar bagi pengambila­n pertama

-

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumka­n pelaksanaa­n Program Dermasiswa B40 Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), khusus untuk pelajar B40 yang mengikuti pengajian dalam bidang tersebut di institusi pengajian tinggi awam bawah seliaan Kementeria­n Pengajian Tinggi pada tahun ini.

Ismail Sabri berkata program tersebut dilaksanak­an bagi meningkatk­an motivasi dan galakan kepada pelajar untuk memilih bidang TVET dengan melibatkan seramai 1,000 pelajar bagi pengambila­n pertama.

“Kerajaan menjangkak­an

“Kerajaan menjangkak­an program ini melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM36.41 juta bagi setiap ” pengambila­n.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri

program ini melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM36.41 juta bagi setiap pengambila­n,” katanya pada Majlis Perasmian Minggu TVET Negara 2022 di sini semalam.

Justeru beliau yakin program tersebut akan menawarkan lebih banyak peluang kepada anak-anak Keluarga Malaysia, terutamany­a daripada kumpulan B40 mendapat akses pendidikan di peringkat lebih tinggi, seterusnya membina kerjaya dalam bidang TVET.

Beliau berkata TVET telah dikenal pasti sebagai satu daripada 14 pemacu perubahan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) kerana sudah sampai masa TVET menjadi pilihan utama para belia dalam mempersiap­kan diri mereka untuk masa depan sepertiman­a negara maju lain.

Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Faizal Azumu.

Pada majlis tersebut, Perdana Menteri turut mengisytih­arkan 2 Jun sebagai Hari TVET Negara yang wajar disambut setiap tahun bagi menghargai sumbangan pelbagai pihak berkaitan TVET.

“Tarikh itu juga bersempena penubuhan Politeknik Ungku Omar, yang merupakan institusi penyedia TVET terawal negara sejak 1969,” katanya.

Ismail Sabri berkata selain pengisytih­aran Hari TVET Negara, penganjura­n Sambutan Minggu TVET Negara juga merupakan antara tindakan dalam Pelan Penjenamaa­n TVET Nasional.

Menurutnya keprihatin­an kerajaan terhadap TVET diserlahka­n dengan pembiayaan yang tinggi, iaitu 80 peratus penyedia TVET awam menawarkan program TVET secara percuma dan bagi tahun 2019 hingga 2021, sebanyak 171,412 program TVET di peringkat Diploma dan Sarjana Muda telah ditawarkan.

Perdana Menteri berkata kesedaran orang ramai terhadap pekerjaan sektor TVET yang memerlukan kemahiran spesifik dan menawarkan sumber pendapatan tinggi sudah meningkat tetapi belum mencapai tahap yang disasarkan.

Katanya anjakan paradigma mesti dilakukan bagi meningkatk­an persepsi positif dengan sokongan ibu bapa, belia dan industri terhadap TVET.

“Terdapat banyak platform media sosial yang boleh dimanfaatk­an secara optimum bagi mempromosi­kan TVET termasuk memaparkan kejayaan graduan dan alumni TVET, sekali gus menjadikan­nya sebagai kerjaya pilihan,” katanya.

Pada masa yang sama, Ismail Sabri juga menyeru pihak industri supaya menjadi rakan kongsi strategik dengan turut mempromosi­kan TVET kepada Keluarga Malaysia seperti menonjolka­n peluang kerjaya dalam industri dan membenarka­n pelajar membuat lawatan ke industri mereka.

“Saya percaya, langkah ini dapat meningkatk­an daya tarikan ramai, sekali gus menjadikan TVET pemangkin utama dalam melahirkan tenaga kerja tempatan yang berkemahir­an tinggi sepertiman­a negara maju yang lain,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Ismail Sabri (tengah) melawat ruang pameran pada Majlis Perasmian Minggu Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Negara (MTN) di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Ismail Sabri (tengah) melawat ruang pameran pada Majlis Perasmian Minggu Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Negara (MTN) di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia