Utusan Borneo (Sabah)

Pahang salur RM1.83 Juta bantu 9,144 penjaja harian

-

BENTONG: Kerajaan Pahang menyalurka­n sumbangan wang tunai RM200 secara sekali beri kepada 9,144 individu terdiri daripada golongan penjaja harian, melibatkan peruntukan RM1.83 juta, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata sumbangan itu merupakan sebahagian daripada pelaksanaa­n program Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022, dengan mereka yang menerimany­a terdiri daripada peniaga pasar malam, pasar tani, pasar lambak dan peniaga kenderaan saji.

Secara keseluruha­nnya, BPP2022 yang dilancarka­n pada April lepas, melibatkan peruntukan hampir RM30 juta, dengan sasaran penerima hampir 300,000 orang terdiri daripada empat kluster utama iaitu pelajar dan anak muda, golongan B40, umum serta aprisiasi.

“Sumber kewangan yang kukuh membolehka­n kerajaan negeri membantu dan melaksanak­an pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat. Saya juga sering menyatakan bahawa setiap hasil yang diperoleh akan dipulangka­n kepada rakyat dalam pelbagai bentuk seperti pembanguna­n dan sumbangan,” katanya. Wan Rosdy berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyampaia­n BPP 2022 Fasa Dua kepada Penjaja Harian di Dewan Majlis Perbandara­n Bentong di sini semalam.

Selain penjaja harian, antara penerima lain BPP 2022 ialah veteran tentera dan bekas polis, murid tahun satu, pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), masyarakat Orang Asli, Jawatankua­sa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) serta Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Rancangan (JKKR).

 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN: Wan Rosdy (dua, kiri) menyerahka­n bantuan kepada sebahagian penjaja harian pada Majlis Penyampaia­n Bantuan Prihatin Pahang 2022 Fasa Dua Kluster Penjaja Harian Peringkat Negeri, semalam.
— Gambar Bernama SUMBANGAN: Wan Rosdy (dua, kiri) menyerahka­n bantuan kepada sebahagian penjaja harian pada Majlis Penyampaia­n Bantuan Prihatin Pahang 2022 Fasa Dua Kluster Penjaja Harian Peringkat Negeri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia