Utusan Borneo (Sabah)

Agong jalani pemeriksaa­n di hospital, gering di bahagian kaki

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah sedang menjalani pemeriksaa­n serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital di sini kerana gering di bahagian kaki.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata walau bagaimanap­un, kesihatan Al-Sultan Abdullah secara amnya dalam keadaan baik dan tidak membimbang­kan.

Sehubungan itu, Ahmad Fadil berkata semua program dalam masa terdekat yang melibatkan keberangka­tan Seri Paduka ditangguhk­an ke tarikh yang akan diumumkan kelak.

“Seri Paduka dijadualka­n berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Ahmad Fadil berkata rakyat diseru bersama-sama mendoakan semoga Seri Paduka dikurniaka­n kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjang­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia