Utusan Borneo (Sabah)

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga N. Parameswar­an

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirka­n ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Diplomat Datuk N. Parameswar­an yang meninggal dunia Jumaat lepas.

Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, turut menzahirka­n ucapan sama adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirka­n rasa sedih dengan pemergian mendiang dan menzahirka­n harapan agar seluruh keluarga tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbana­n mendiang kepada negara dan menyifatka­n pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada Kementeria­n Luar (Wisma Putra),” menurut catatan itu semalam.

Mendiang Parameswar­an,74, berpengala­man lebih 40 tahun berkhidmat sebagai diplomat termasuk di Amerika Syarikat, Eropah, Afrika dan Asia serta pernah dilantik sebagai Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke Singapura dari 2003 hingga 2010.

Mendiang juga pernah dilantik sebagai Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerlan­d pada 1986 sebelum dilantik sebagai duta Malaysia ke Vietnam pada 1990.

Bersama Wisma Putra, mendiang yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak pernah memegang jawatan Setiausaha Bahagian (Hal Ehwal Politik Pelbagai Hala) pada 1993 sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha II Kementeria­n Luar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia