Utusan Borneo (Sabah)

Quartararo dominasi MotoGP Jerman

Beliau berjaya menjarakka­n kedudukan selaku pendahulu meskipun kurang sihat

-

SACHSENRIN­G: Juara bertahan, Fabio Quartararo menjarakka­n kedudukan selaku pendahulu keseluruha­n kategori pelumba walaupun tidak sihat apabila memenangi perlumbaan MotoGP Jerman di sini pada Ahad.

Pelumba pasukan Yamaha itu menguasai perlumbaan dalam cuaca panas di Sachsenrin­g sementara rakan senegara dari Perancis, Johann Zarco menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan Jack Miller di tempat ketiga.

Quartararo mendahului perlumbaan dari selekoh pertama selepas memintas pelumba di petak pertama, Francesco Bagnaia dan tidak menoleh ke belakang lagi tetapi mendedahka­n selepas itu bahawa dia tidak sihat sepanjang hujung minggu.

“Saya letih, saya tidak sihat hampir sepanjang hujung minggu dan batuk semasa perlumbaan tetapi saya berasa sangat gembira,” kata Quartararo, yang berjaya mengambil risiko dengan menggunaka­n tayar belakang sederhana lasak berbanding keras.

Ini adalah kemenangan ketiganya musim ini dan Quartararo meraih kemenangan kedua berturut-turut selepas menang perlumbaan di Catalan pada awal bulan Jun.

Dia menjarakka­n kedudukan selaku pendahulu keseluruha­n dengan 34 mata berbanding Aleix Espargaro ketika meraih kemenangan MotoGP ke 11 dalam kariernya.

Kemenangan di Saxony bermakna apa jua berlaku pada perlumbaan MotoGP Belanda di Assen hujung minggu ini, Quartararo masih mengekalka­n status pendahulu keseluruha­n sebelum rehat musim panas, dengan musim disambung semula di Silverston­e pada bulan Ogos.

“Saya tidak memikirkan

“Saya letih, saya tidak sihat hampir sepanjang hujung minggu dan batuk semasa perlumbaan tetapi saya berasa ” sangat gembira.

Fabio Quartararo Pelumba MotoGP

tentang kejuaraan dunia,” tegas Quartararo.

“Saya berada di sini memenangi seberapa banyak perlumbaan yang saya mampu, mungkin sehingga perlumbaan di Jepun dan Thailand (bulan September dan Oktober), saya akan memikirkan tentang kejuaraan dengan secara semula jaadi.

“Kami akan kembali ke litar kegemaran saya di Assen minggu hadapan.”

Pada separuh musim perlumbaan, Quartararo masih berada di landasan untuk memenangi kejuaraan dunia buat tahun ketiga berturuttu­rut ketika dia sekali lagi meninggalk­an pesaingnya dalam cuaca panas.

“Ia mimpi ngeri,” kata Zarco ketika bercakap tentang keadaan cuaca. “Tetapi saya memastikan tempat kedua apabila saya membuat keputusan untuk mengejar Fabio selepas Bagnaia terbabas.

Bagnaia, yang menguasai sesi latihan bebas, terbabas ketika berbaki 27 pusingan dan menamatkan impian keseluruha­nnya untuk memenangi kejuaraan dunia.

Ini adalah kali ketiga pelumba dari Itali itu gagal menamatkan perlumbaan dari empat perlumbaan terakhir.

Miller mempamerka­n pemanduan meyakinkan untuk menamatkan perlumbaan di tempat ketiga selepas hampir terbabas di selekoh yang sama di mana Bagnaia terbabas.

 ?? — Gambar AFP ?? JUARA: Quartararo (kiri) mendahului perlumbaan Grand Prix MotoGP Jerman di litar lumba Sachsenrin­g di Hohenstein-Ernstthal, kelmarin.
— Gambar AFP JUARA: Quartararo (kiri) mendahului perlumbaan Grand Prix MotoGP Jerman di litar lumba Sachsenrin­g di Hohenstein-Ernstthal, kelmarin.
 ?? ?? QUARTARARO
QUARTARARO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia