Utusan Borneo (Sabah)

Dembele sedia sertai Chelsea, enggan jadi pemain simpanan

-

LONDON: Ousmane Dembele sudah bersedia menyertai revolusi baharu di Chelsea namun enggan menjadi pemanas bangku simpanan.

Penyerang kelab Barcelona berusia 25 tahun itu menjadi buruan pengurus Chelsea, Thomas Tuchel sebagai kemungkina­n pengganti Romelu Lukaku, yang semakin hampir untuk kembali semula ke Inter Milan.

Dembele mempunyai citacita serius untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara.

Namun dia mahu mendapat jaminan dari Tuchel bahawa dia akan sentiasa diturunkan dalam kesebelasa­n utama dan bukan hanya menjadi antara pemain sokongan kelab.

Dembele hanya bermain sembilan kali dalam kesebelasa­n utama di Barca musim lepas tetapi masih mampu menyumbang 13 umpanan gol - jumlah paling banyak dalam La Liga Sepanyol.

Pemain antarabang­sa Perancis itu semakin kecewa dengan kekurangan aksi di Camp Nou selepas hanya beraksi dalam 41 peratus perlawanan sepanjang tiga musim terakhir.

Dia pernah bermain di bawah kendalian Tuchel ketika sama-sama di Borussia Dortmund dan Tuchel menggambar­kannya sebagai “bakat yang luar biasa”. Prestasi cemerlang Dembele di Jerman membolehka­nnya berpindah ke Barca dengan yuran perpindaha­n bernilai 138 juta pound, dengan 97 juta bayaran pendahulua­n.

Inter Milan difahamkan sudah membuat tawaran yuran pinjaman lapan juta pound untuk membawa Lukaku kembali — 12 bulan selepas pemain itu kembali ke Chelsea dengan yuran perpindaha­n 97 juta pound - namun ditolak oleh Chelsea.

Chelsea mahu dua kali ganda jumlah itu untuk membantu mereka mencari pengganti — tetapi mereka merancang untuk satu cara melepaskan Lukaku.

Dembele adalah sasaran walaupun dia bukan penyerang seperti Lukaku.

Tuchel mahukan pemain yang serba boleh di jentera serangan dan bermain bersama Kai Havertz dalam senarai tiga penyerang.

Lukaku bersedia menerima potongan gaji dari 325,000 pound seminggu diterima di Chelsea untuk kembali ke Itali.

Tetapi Inter juga berharap untuk mendapatka­n dana dengan menjual pemain pertahanan kanan, Denzel Dumfries dan juga pemain pertahanan tengah, Milan Skriniar, dan Chelsea dikatakan berminat dengan kedua-dua pemain itu.

 ?? ?? DEMBELE
DEMBELE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia