Utusan Borneo (Sabah)

Man City dan Chelsea intai Ait-Nouri, Wolves letak harga 45 juta pound

-

LONDON: Kelab Wolverhamp­ton Wandereres (Wolves), meletakkan tanda harga 45 juta pound ke atas pemainnya, Ryan Ait-Nouri selepas kelab Manchester City dan Chelsea menyuaraka­n minat untuk mendapatka­n pemain itu, menurut laporan.

Ait-Nouri,yang pada awalnya menyertai Wolves untuk kontrak pinjaman dari kelab Perancis, Angers pada Oktober 2020 sebelum mendapat kontrak tetap pada akhir musim yang sama — menjadi pemain buruan utama pada musim panas ini.

Beberapa kelab di Eropah — termasuk Manchester City, Chelsea dan Paris Saint Germain (PSG) berminat untuk mendapatka­n khidmatnya.

Kerana itu, Wolves berhasrat untuk mengaut keuntungan dengan peluang itu dan meletakkan tanda harga 45 juta pound kepada pemain.

Chelsea melihat pemain pertahanan berusia 21 tahun itu sebagai potensi pengganti Marcos Alonso yang akan meninggalk­an kelab.

Alonso dikatakan sudah memberitah­u Chelsea bahawa dia mahu meninggalk­an kelab pada musim panas ini, dengan kelab Barcelona juga berminat mendapatka­n pemain antarabang­sa Sepanyol itu.

Jika Alonso pergi seperti dijangkaka­n, satu-satu pemain pertahanan kiri senior dalam skuad Chelsea ialah Ben Chilwell dan Baba Rahman.

Kerana itu, pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mahu memperkuat­kan barisan pertahanan­nya dengan menambah Ait-Nouri ke dalam pasukan.

Bagaimanap­un, Manchester City juga memantau situasi Ait-Nouri di Wolves selepas pemain itu menarik perhatian Pep Guardiola pada dua musim terakhirny­a di Molineux.

Ait-Nouri membuat 51 penampilan dalam semua pertanding­an bersama Wolves, menyumbang dua gol dan tujuh umpanan gol.

Ait-Nouri mahu meningkatk­an lagi kariernya dan memenangi kejuaraan adalah sesuatu yang menjadi dambaan pemain itu.

Dan kerana itu, satu perpindaha­n sama ada ke Manchester City atau Chelsea boleh membantu mencapai impiannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia