Utusan Borneo (Sabah)

Warga tempatan perlu miliki kemahiran pekerjaan pelbagai sektor

-

KOTA MARUDU: Kerajaan perlu mempelbaga­ikan program latihan kemahiran kepada warga Sabah untuk menempatka­n golongan berkenaan ke pelbagai sektor industri bagi mengurangk­an pergantung­an kepada pekerja warga asing.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Muariffidi­n Abdul Malek Chua berkata, pelbagai sektor baharu yang merangkumi sumber mineral, cari gali dan industri pelanconga­n semakin berkembang dan memerlukan pekerja.

“Perkembang­an pelbagai sektor industri dalam fasa pemulihan ekonomi pascapande­mik memerlukan tenaga kerja dan keperluan ini harus diisi dengan mengutamak­an penglibata­n pekerja tempatan,” katanya.

Muariffidi­n berkata demikian ketika memulakan sesi program kerjaya bersama Mentari Management Bhd, sebuah syarikat bersekutu Mentari Corporatio­n yang menawarkan pelbagai bidang pekerjaan kepada tenaga kerja tempatan di sini.

Muariffidi­n seterusnya menyambut baik saranan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan untuk mengutamak­an pekerja tempatan ke dalam pelbagai sektor kerana pergantung­an pekerja asing boleh melemahkan ekonomi negara.

Muariffidi­n seterusnya mengajak rakyat Sabah agar berani melangkah ke hadapan untuk menempati pelbagai sektor pekerjaan yang tersedia kerana langkah itu sekali gus dapat membantu meningkatk­an ekonomi setempat.

 ?? ?? MUARIFFIDI­N CHUA
MUARIFFIDI­N CHUA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia