Utusan Borneo (Sabah)

Sukan wadah terbaik pupuk perpaduan

- Oleh Kenneddy Corlleus

KENINGAU: Penganjura­n kegiatan sukan bukan sahaja diyakini dapat membentuk keperibadi­an diri untuk fokus meraih kemenangan, tetapi berupaya memupuk perpaduan.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik berkata, perpaduan rakyat di negara ini khususnya di Sabah secara tidak langsung meletakkan Malaysia dikenali sebagai negara yang unik dengan keutuhan perpaduan sehingga dikenali di peringkat antarabang­sa.

Justeru beliau berharap, rakyat tidak alpa dengan kepentinga­n perpaduan yang dilihat menyumbang kepada kemajuan sesebuah negara, menjadikan Malaysia bukan sahaja berjaya malah terus kekal harmoni.

“Kejohanan sukan bukan semata-mata diadakan bagi menentukan juara atau pemenang akan tetapi ia secara tidak langsung mendidik peserta untuk gigih berusaha, melakukan perancanga­n rapi dan berkorban dalam pelbagai aspek.

“Kejayaan tidak semudahnya dicapai tanpa usaha dan perjuangan yang berterusan, justeru saya yakin sukan dapat membentuk keperibadi­an diri yang luar biasa dan pada masa memupuk semangat perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kejohanan Taekwan-Do (GTF) Peringkat Daerah Keningau yang diadakan di Dewan Koningau Majlis Daerah Keningau (MDK), dekat sini pada Ahad lepas.

Dalam pada itu, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata, sukan juga dilihat dapat menyemarak­kan lagi semangat kerjasama selain memupuk sikap toleransi bagi menjayakan sesuatu aktiviti sukan.

Menurutnya, semangat kerjasama jelas dapat dilihat dapat menyatukan ahli-ahli untuk meraih kejayaan tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama.

“Saya amat berharap para peserta dapat mengangkat Sabah ke peringkat lebih tinggi seterusnya ke peringkat antarabang­sa dalam sukan ini.

“Tahniah dan syabas kepada jawatankua­sa pengelola kejohanan atas penganjura­n ini. Kepada peserta yang menang, tahniah juga diucapkan dan bagi yang belum bernasib, jangan mudah putus asa, tingkatkan lagi usaha,” katanya.

 ?? ?? RASMI: Robert (tiga kanan) menerima cenderaken­angan sejurus merasmikan kejohanan itu.
RASMI: Robert (tiga kanan) menerima cenderaken­angan sejurus merasmikan kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia