Utusan Borneo (Sabah)

12 peserta sertai Kursus Asas Fotografi

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Seramai 12 peserta mengikuti Kursus Asas Fotografi yang dianjurkan oleh Dahlia Jasmin Management dengan Kerjasama Kolej Komuniti Paya Besar, Canon Malaysia dan tenaga pengajar, Rafiee Yusof yang diadakan di Aeropod Commercial Centre di sini.

Kursus Asas Fotografi secara teori dan praktikal itu diadakan selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad melibatkan peserta dari Lahad Datu, Sandakan, Kudat, Tawau dan Kota Kinabalu termasuk Kuala Lumpur.

Rafiee memberitah­u, kursus yang diadakan itu bertujuan mendedahka­n peserta terhadap pelbagai aspek dalam fotografi bagi membolehka­n mereka mendapat hasil foto yang lebih baik, selain memberi keyakinan terhadap kemampuan mereka.

Beliau berharap perkongsia­n ilmu menerusi kursus itu dapat meningkatk­an lagi kebolehan peserta yang terlibat seterusnya melahirkan lebih ramai jurugambar seperti Dalifah EL Denuary yang berjaya membuka perniagaan kedai foto.

Dalifah adalah salah seorang peserta yang mengikuti kursus itu dan kursus-kursus lain dengan menerima sijil pengiktira­fan menjadikan beliau sebagai salah seorang pembantu tenaga pengajar bagi kursus sedemikian yang dirancang dilaksanak­an pada masa hadapan.

Beliau turut menzahirka­n harapan untuk melahirkan lebih ramai jurugambar dari Sabah yang profesiona­l pada masa hadapan terutama daripada kalangan belia di negeri ini sekali gus memberi peluang mereka untuk membuka perniagaan kedai foto sepertinya.

 ?? ?? ALBUM: Sebahagian peserta merakamkan gambar kenangan sejurus selesai mengikuti Kursus Asas Fotografi. Turut kelihatan Dalifah (duduk kiri).
ALBUM: Sebahagian peserta merakamkan gambar kenangan sejurus selesai mengikuti Kursus Asas Fotografi. Turut kelihatan Dalifah (duduk kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia