Utusan Borneo (Sabah)

Pegawai SISC+ Jabatan Pendidikan Labuan dinobat Jurulatih Utama Terbaik Kebangsaan

-

LABUAN: Pegawai ‘School Improvemen­t Specialist Coach’ (SISC+) Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan Dr. Hyginus Lester Junior Lee dari Unit Bahasa, Sektor Pembelajar­an dinobatkan sebagai Jurulatih Utama Terbaik dalam Persidanga­n Penyelidik­an Pendidikan Peringkat Kebangsaan oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini.

Turut terpilih, Dr. Suzlipah Sanusi dari Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya Pulau Pinang dan Salbiah Ninggal dari Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah Melaka.

Mereka menerima hadiah wang tunai RM1,000 tajaan Yayasan Guru Tun Hussein Onn.

Hyginus merakamkan penghargaa­n kepada penyelaras kajian tindakan negeri, Zailiana Zainol dan Faridah Amit dari Sektor Perancanga­n kerana bertindak sebagai urus setia program.

Beliau turut berterima kasih kepada jurulatih utama negeri, Dalilah Desa, Junaidah Baharuddin, Siti Farah Idayu Madi dan Ciptho Wiryawan.

Sementara itu, Zailiana berkata, kajian yang dihasilkan oleh guru-guru berfokus kepada pendekatan terbaik sesi Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PdPR) terutamany­a dalam tempoh pandemik COVID-19.

Katanya, beberapa bengkel bersemuka dan dalam talian untuk jurulatih dan peserta kajian dilaksanak­an bagi memudahkan persediaan pembentang­an dan penulisan.

Beliau berharap lebih ramai lagi guru yang akan berkecimpu­ng dalam kajian tindakan agar berlaku peningkata­n kualiti dalam proses pengajaran dan pembelajar­an dalam bilik darjah.

Persidanga­n Penyelidik­an Pendidikan Kebangsaan Kali ke-XVI dianjurkan oleh Bahagian Perancanga­n dan Penyelidik­an Dasaar Pendidikan (BPPDP) KPM dengan tema ‘Memperkasa

Pembudayaa­n Penyelidik­an Mendepani Era Norma Baharu’ secara dalam talian pada 14 hingga 16 Jun lepas.

Pembukaan persidanga­n dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Datuk Nor Zamani Abdol Hamid, manakala upacara perasmian penutupan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Malaysia Datuk Pkharuddin Ghazali.

Pemenang sagu hati dari Labuan ialah Mohd Asyraf Abd Hamid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bedaun dengan kajian tindakan bertajuk ‘Membantu Penguasaan Elemen Kewarganeg­araan dan Nilai Sivik Menggunaka­n Kad MeKar dalam Mata Pelajaran Sejarah Tahun 5’ menerima wang tunai RM800.

Pemenang sagu hati tambahan ialah Sylvianie William (SMK Mutiara), Chua Lai Eng @ Cecilia (SK St. Anne) bersama Muharna Mucklie serta Samih Kukung (SK Sungai Bedaun) yang kesemuanya menerima wang tunai RM400.

 ?? ?? HYGINUS LESTER
HYGINUS LESTER
 ?? ?? ZAILIANA
ZAILIANA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia