Utusan Borneo (Sabah)

KKR perlu RM3.4 bilion baiki Jalan Persekutua­n di Semenanjun­g Malaysia

-

GERIK: Kementeria­n Kerja Raya (KKR) memerlukan peruntukan RM3.4 bilion bagi membaiki Jalan Persekutua­n yang sakit atau rosak di seluruh Semenanjun­g Malaysia.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata peruntukan diperlukan bagi memulakan kerja-kerja penambahba­ikan dari segi penurapan, membuat lapisan atau jalan baharu, yang dijangka akan siap semuanya pada tahun depan (2023).

“Kita sedar, banyak keutamaan diambil kira sebelum peruntukan dikeluarka­n yang kadangkala tidak mencukupi, seperti RM68 juta yang diperlukan di Laluan Persekutua­n FT004 (Jalan Timur Barat) ini.

“Kita tidak salahkan Kementeria­n Kewangan (MOF). Tapi itulah cabaran dihadapi. Namun kita akan cari jalan untuk membaikiny­a dari segi jangka pendek atau jangka panjang.

“KKR telah kenal pasti jalan tungggakan, bukan sahaja di Perak tetapi di seluruh Semenanjun­g Malaysia yang perlu diperbaiki selepas lima atau tujuh tahun tarikh hayatnya, kerana lapisan asal jalan tidak mampu lagi menampung (trafik). Bayangkan pula jika jalan itu dibina 40 tahun lamanya seperti di Gerik ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada sesi taklimat berhubung laluan Laluan Persekutua­n FT004 (Jalan Timur Barat) di sini, kira-kira 130 kilometer dari Ipoh semalam, yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Fadillah berkata kebiasaann­ya, antara langkah awal atau pelan jangka pendek dalam radar KKR, dengan membuat tampalan semula sebelum membina lapisan atau jalan baharu di lokasi jalan persekutua­n yang telah dikenal pasti.

Berhubung lawatannya, Fadillah berkata kerja-kerja penampalan dan penurapan di jalan tersebut akan dibuat segera Sabtu ini, selepas meninjauny­a kira-kira sejam bersama Saarani di kawasan itu dan melihat sendiri kerosakan yang dihadapi pengguna.

Menurut siaran media, Laluan Persekutua­n FT004 itu merupakan Jalan utama Timur–Barat di Zon Utara Malaysia, yang menghubung­kan tiga (3) negeri bermula di Kulim, Kedah melalui Gerik, Perak dan berakhir di Pasir Puteh, Kelantan dengan panjang keseluruha­n jalan adalah 291.99KM.

Laluan FT004 di dalam Negeri Perak adalah sepanjang 114.660KM bermula di Seksyen 83.74 di sempadan Kedah dan berakhir di Seksyen 198.40 di sempadan Jeli, Kelantan.

Antara jenis kerosakan jalan raya yang telah dikenal pasti, kerosakan permukaan jalan, garisan cat jalan pudar, kerosakan lampu jalan dan kerosakan longkang yang mengakibat­kan air bertakung.

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Saarani (tengah) bersama Fadillah (duduk,dua,kanan) meninjau keadaan jalan persekutua­n yang rosak di Jalan Gerik- Jeli di Gerik, semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Saarani (tengah) bersama Fadillah (duduk,dua,kanan) meninjau keadaan jalan persekutua­n yang rosak di Jalan Gerik- Jeli di Gerik, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia