Utusan Borneo (Sabah)

JPNK buka kertas siasatan dakwaan kes ceroboh balak di HSK Nenggiri

-

KOTA BHARU: Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan berlaku kes penceroboh­an balak di Hutan Simpan Kekal (HSK) Nenggiri, Gua Musang.

Pengarahny­a Abdul Khalim Abu Samah berkata pihaknya telah melantik pegawai penyiasat sehari selepas kejadian berkenaan ditularkan di media sosial.

Katanya, bagaimanap­un setakat ini pihaknya belum memperoleh laporan lengkap memandangk­an siasatan masih berlangsun­g dan meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi.

“Saya tidak dapat memberi ulasan lebih lanjut kerana khuatir ia akan mengganggu proses siasatan. Namun, sehari selepas kejadian berkenaan tular di media sosial baru-baru ini, kita telah membuka kertas siasatan untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

“Malah, setakat ini kayukayu balak di kawasan berkenaan juga telah disita untuk siasatan lanjut, selain pihak kami turut mengeluark­an waran memberhent­ikan kerja kepada dua pemilik lesen yang melakukan aktiviti itu,” katanya pada Majlis Pembukaan Seminar Ekspedisi Sainstifik Pergununga­n Lojing Negeri Kelantan Tahun 2022, di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo mengesahka­n menerima laporan oleh pengawas hutan berhubung kes penceroboh­an yang didakwa berlaku di HSK Nenggiri, Gua Musang pada 2 Jun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia