Utusan Borneo (Sabah)

Ahli Mimpaagat Tokou perlu hadir pada AGM

- Oleh Yap Siong Han

PENAMPANG: Semua ahli Kelab Rekreasi Mimpaagat Tokou Sabah dijemput untuk hadir pada Mesyuarat Agung (AGM) pertama sesi 2020-2022.

Setiausaha Kelab Rekreasi Mimpaagat Tokou Sabah Marcellinu­s Eddy Limbang berkata, mesyuarat itu akan diadakan pada jam 2 petang 2 Julai depan di Dewan Kibouvang Kampung Kapayan Penampang.

“Antara agenda mesyuarat kita kali pertama ini ialah semestinya perutusan daripada pengerusi kita, pembentang­an dan penerimaan laporan setiausaha serta bendahari sesi 2020-2021.

“Pembubaran Jawatankua­sa Kelab Mimpaagat Tokou Sabah 2020-2022, pemilihan Pengerusi dan Ahli Jawatankua­sa Kelab Mimpaagat Tokou Sabah 2022-2023,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, antara agenda lain yang akan dibincangk­an termasuk perbahasan dan penerimaan pindaan-pindaan perlembaga­an (jika ada).

Bagaimanap­un katanya, para ahli perlu kemukakan pindaan-pindaan perlembaga­an jika ada kepada setiausaha kelab selewat-lewatnya pada 25 Jun ini.

 ?? ?? MARCELLINU­S
MARCELLINU­S

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia