Utusan Borneo (Sabah)

184 pesakit COVID-19 masih menerima rawatan

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Seramai 184 pesakit COVID-19 di negeri ini masih menerima rawatan sementara 60 orang dilaporkan sembuh pada 19 Jun 2022.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah dua orang di Unit Rawatan Rapi dan seorang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Sementara itu, kumulatif penduduk Sabah yang menerima vaksin dos pertama setakat 18 Jun 2022 adalah seramai 2,606,848 orang.

“Ini meliputi 2,137,905 orang atau bersamaan dengan 78.7 peratus jumlah penduduk dewasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Beliau berkata, bagi penduduk Sabah yang menerima dos lengkap adalah seramai 2,499,517 orang.

Daripada jumlah itu katanya, seramai 2,094,375 orang atau 77.1 peratus adalah penduduk dewasa.

“Seramai 336,125 orang atau 78.87 peratus penduduk remaja menerima dos pertama vaksin, manakala penduduk remaja yang lengkap dos vaksin adalah seramai 320,649 atau 75.2 peratus orang setakat ini.

“Bagi penduduk kanakkanak pula, seramai 132,818 atau 32.3 peratus orang menerima satu dos vaksin, manakala penduduk kanakkanak yang lengkap dos vaksin adalah seramai 84,493 atau 20.5 peratus orang,” katanya.

 ?? ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia