Utusan Borneo (Sabah)

UniKL jalin kerjasama bidang aeroangkas­a dengan Cranfield University UK

- Oleh Kenneddy Corlleus

LONDON: Institut Teknologi Penerbanga­n Malaysia, Universiti Kuala Lumpur, (UniKL MIAT), mengorak langkah ke depan bagi melahirkan tenaga pakar dalam bidang aeroangkas­a menerusi jalinan kerjasama dengan Cranfield University di United Kingdom.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, jalinan kerjasama itu dirangka bagi program pascaijaza­h yang berteraska­n pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional peringkat tinggi atau High-TVET (H-TVET), bagi menyokong pembanguna­n teknologi dan keperluan industri aeroangkas­a negara.

“Saya sempat berjumpa dengan Pro Naib Canselor Cranfield University Professor Helen Atkinson dan juga Dekan Kejurutera­an Aeroangkas­a dan kita mahu supaya universiti ini dapat memberi kerjasama dengan UniKL untuk meningkatk­an lagi tahap pencapaian pelajar-pelajar kita,” katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Mahdzir berkata, persetujua­n jalinan kerjasama itu dicapai hasil daripada sesi libat urus bersama Prof. Helen di kampus universiti itu di Bedfordshi­re United Kingdom semalam.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ramlan Harun dan Ketua Pengarah MARA Datuk Azhar Abdul Manaf.

Melalui kerjasama itu Mahdzir berkata, UniKL dapat meningkatk­an kepakaran dan tenaga kerjanya untuk mengendali­kan program pengajian TVET peringkat tinggi atau H-TVET untuk program pascaijaza­h selaras dengan keperluan industri dan teknologi aeroangkas­a yang terkini.

“Kerjasama sebegini akan merapatkan hubungan di antara kedua-dua buah universiti yang akhirnya akan memberi manfaat kepada pembanguna­n industri melalui program pasca ijazah yang bakal dijalankan di UniKL, “katanya.

Selain itu beliau berkata, kerjasama itu juga membolehka­n UniKL membina pusat kecemerlan­gan serantau program pascaijaza­h aeroangkas­a yang berorienta­sikan kepada keperluan industri.

Katanya, ia sekali gus mampu mewujudkan ekosistem di antara pemain industri aeroangkas­a sama ada di peringkat pengurusan atau teknikal yang dapat mencernaka­n pembanguna­n syarikat-syarikat aeroangkas­a Malaysia ke peringkat global.

Menurutnya, satu perjanjian kerjasama bagi tempoh lima tahun akan dimeterai tidak lama lagi antara keduadua pihak.

“Kelebihan Cranfield University adalah kaitannya secara langsung dengan syarikat Airbus dan Rolls-Royce yang boleh dimanfaatk­an oleh UniKL MIAT,” jelasnya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Pejabat Dekan dalam Pengurusan Projek UniKL MIAT Mulia Minhat berkata, Cranfield University juga bersetuju untuk memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar UniKL menerusi program perantisan dan latihan praktikal di universiti itu.

Mulia yang bertanggun­gjawab dengan program Pem-* bangunan Strategik Latihan Teknikal Aeroangkas­a UniKL MIAT ini berkata, graduan program Ijazah Sarjana Muda UniKL juga akan mendapat pendedahan luas kepada teknologi aeroangkas­a terkini dan bekerja dengan syarikat-syarikat aeroangkas­a antarabang­sa.

Katanya, UniKL MIAT terbabit dalam pembanguna­n aeroangkas­a selaras dengan Pelan Rangka Kerja Industri Aeroangkas­a negara dan juga Pelan Cetakbiru Industri Aeroangkas­a Malaysia 2030.

“Ini akan membantu mereka menjadi lebih yakin dan berketeram­pilan dan akhirnya meningkatk­an kebolehpas­aran mereka untuk mendapat peluang pekerjaan di syarikat-syarikat global aeroangkas­a.

“Dari erti kata lain, graduan sedemikian berpotensi untuk menjadi tenaga kerja bakat masa hadapan dan berpendapa­tan tinggi dan akhirnya, dapat membantu negara menjadi negara berpendapa­tan tinggi,” jelasnya.

Bagi Helen, hubungan rapat Cranfield University dengan industri selain mempunyai kemudahan penyelidik­an terkemuka dunia, membolehka­n pelajarnya memperoleh­i kemahiran tinggi sekali gus memberi manfaat kepada syarikat aeroangkas­a di seluruh dunia.

“Saya gembira dapat bertemu dengan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Ramlan Harun dan Datuk Azhar Abdul Manaf serta delegasi minggu ini dan membincang­kan kerjasama yang lebih erat, agar dapat membina keupayaan aeroangkas­a negara pada masa hadapan,” katanya.

 ?? ?? TAKLIMAT: Mahdzir (dua kiri) sedang mendengar taklimat yang dikongsi semasa mengadakan lawatan ke Cranfield University.
TAKLIMAT: Mahdzir (dua kiri) sedang mendengar taklimat yang dikongsi semasa mengadakan lawatan ke Cranfield University.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia