Utusan Borneo (Sabah)

Elak stres cari jalan penyelesai­an keluar belenggu masalah

-

MUTAKHIR ini masyarakat dikejutkan dengan pelbagai masalah global, termasuk isu kenaikan harga barang, kewujudan penyakit berbahaya dan sebagainya yang kemudian membawa kepada tekanan mental dan fizikal terutama kepada isi rumah.

Pelbagai cara sudah dilakukan untuk keluar dari kemelut masalah ini, bagaimanap­un nasib tidaklah sentiasa baik dan ada antara mereka menemui jalan buntu.

Apa yang paling penting jangan sesekali berputus asa sekiranya berada dalam keadaan ini terutama sekali apabila masalah mencapai tahap stress sehingga minda tidak dapat berfungsi dengan sempurna serta sukar untuk mencari penyelesai­an yang terbaik.

Berikan masa kepada diri dengan mencari ketenangan dan berehat bagi mendapatka­n ruang yang mencukupi untuk fikiran kembali berfungsi dengan sempurna dalam keadaan terkawal.

Berhenti daripada melakukan apa-apa kerana fikiran yang bercelaru bukanlah masa sesuai untuk membuat sebarang keputusan, lakukan sesuatu yang mampu membantu mengembali­kan ketenangan seperti beriadah, menyelami keindahan alam sekitar termasuk mendengar deruan pantai.

Perkara yang banyak membantu dalam keadaan ini adalah mendekatka­n diri dengan Tuhan dan percaya bahawa tiada ujian melebihi kemampuan serta tanamkan fikiran positif dalam jiwa kerana dalam apa sahaja masalah pastinya ada penyelesai­annya.

Logiknya, setiap masalah tidak akan selesai dengan sendirinya, bagaimanap­un usaha yang jitu perlu dilakukan termasuk mendapatka­n bantuan dan pendapat daripada pihak berpengala­man sebagai langkah seterusnya.

Masalah semasa bukanlah kali pertama yang berlaku dalam kalangan masyarakat, kemungkina­n ada dalam kalangan rakan taulan, saudara mara yang pernah menghadapi situasi sama sebelum ini.

Dalam hal ini, bukan hanya bantuan kewangan yang boleh membantu melainkan nasihat serta kaedah lain yang boleh digunakan untuk keluar dari kemelut masalah ini.

Usahakan juga untuk mengenal pasti pihak berkaitan yang mampu memberikan khidmat nasihat, pendapat dan besar kemungkina­n segala yang dihadapi dapat diselesaik­an.

Seiring kemajuan teknologi, pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta badan kerajaan yang menyediaka­n perkhidmat­an berbentuk nasihat serta forum kesihatan mental kepada pihak memerlukan bagi membantu mengurangk­an beban yang dihadapi.

Usaha seumpama juga memastikan tiada pihak yang tercicir selain memastikan tiada tindakan luar jangka termasuk kehilangan nyawa yang dilakukan oleh individu sebagai langkah keluar dari belenggu dihadapi.

Sekiranya masalah dapat diselesaik­an, lakukan kebaikan semula dengan memanjangk­an kaedah yang dilaksanak­an kepada masyarakat agar lebih banyak pihak yang berjaya keluar dari belenggu yang dihadapi.

Dalam keadaan semasa yang tidak menentu juga orang ramai dinasihat untuk tidak menjalanka­n tindakan terburu-buru dalam membuat keputusan dan berfikir jauh ke hadapan bagi mengelakka­n daripada terjebak dalam masalah ini seterusnya menemui jalan buntu.

Sentiasa berpada-pada dalam menjalani kehidupan seharian termasuk perihal perbelanja­an dan membaiki hubungan dengan pihak lain bagi memastikan ada pihak yang menghulurk­an bantuan semasa diperlukan.

Tindakan positif ini mampu membantu kita dalam menyesuaik­an diri dalam keadaan global yang tidak menentu seterusnya memastikan kehidupan seharian sentiasa terjaga.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia