Utusan Borneo (Sabah)

Robert sampaikan sumbangan kepada lima keluarga mangsa kebakaran

- Oleh Kenneddy Corlleus

KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik meluangkan masa bertemu mangsa kebakaran yang memusnahka­n lima rumah penduduk Kampung Kepayan Baru, Apin-Apin, dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu itu.

Kelmarin, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor tampil menghulurk­an sumbangan kepada kelima-lima mangsa, Kutil Yompios; Justin Yompios; Anis Antali; Yoplode Anis dan Paulus@Juakim Imon bagi meringanka­n beban yang dilalui mereka.

Turut bersama dalam lawatan itu, ADUN Tulid, Flovia Ng; Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Bingkor Junior Fred Vincent Marukau dan pegawai-pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Keningau.

Robert berharap mangsa yang terlibat dalam kejadian itu tabah menghadapi ujian yang tidak diduga itu.

Katanya, kerajaan akan berusaha membantu mereka yang terlibat menerusi agensi serta jabatan yang berkaitan.

Semasa lawatan itu, Robert mendapati terdapat dua rumah penduduk turut terkesan akibat bahang daripada kebakaran itu selain daripada lima rumah yang musnah sepenuhnya dalam kejadian tersebut.

 ?? ?? TINJAU: Robert turut meninjau ke lokasi rumah-rumah yang musnah terbakar dalam kejadian pada Sabtu.
TINJAU: Robert turut meninjau ke lokasi rumah-rumah yang musnah terbakar dalam kejadian pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia